Saturday, November 26, 2011

~mutiara Hikmah~

Jangan memuji kecantikan pelangi
Tapi pujilah Allah
Yang menciptakan Langit & Bumi

Jangan percaya
Denga kata-kata bijakku
Tapi percayalah Firman Allah yang Maha Benar

Jangan masukkan namaku di hatimu
Tapi masukkan nama Allah
Hingga hatimu tenang

Jangan sedih jika cintamu di dustakan
Tapi sedihlah jika engkau dustakan Allah
Jangan pula engkau minta cinta kepada penyair
Tapi mintalah kepada Allah
yg memiliki cinta yg kekal dan sejati

Ya Allah yang Maha Rahman & Rahim
Jangan jadikan hatiku batu yg mengeras
Hingga lupa akan rahmatMu

Tuesday, November 22, 2011

Maafkanku wahai teman


Sahabat...
aku ingin kau kenangkan kembali
betapa payahnya
kita membina tugu persahabatan ini
ku harap
kau tak akan mensia-siakannya

Sahabat...
Maafkan andai aku yang bersalah...

Maafkan ku wahai teman
jika aku menyakiti hatimu
bukan niatku melukakanmu
aku mohon maafkanku.

"Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata."
[AQ : An Naml : 79]

Hadis Abu Hurairah r.a : "Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata : Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu (mati)."
[Riwayat Muslim]

Wednesday, November 9, 2011

**PAKSI HATI** (sharing cerpen)

Fahim berteleku di sejadah. Matanya merenung jauh ke mimbar masjid. Berfikir. Merenung kembali hatinya yang terasa parah kerana dunia. Dia memandang kepada Izat yang baru bangun dari solat sunat selepas Isyak. Izat yang merangkap teman sebiliknya selama dua semester mereka belajar di universiti ini dilihat melangkah ke arahnya.

Seorang sahabat yang mulia adalah yang ...membawa sahabatnya ke jalan Tuhan. Subhanallah, Fahim bersyukur dianugerahkan peluang mengenali Izat, hanya dengan melihat ke wajah Izat sudah mampu membuat dia rasa sejuk hati.

Bagai mana agaknya pula apabila orang pandang muka dia ya?

Izat menghulurkan tangan bersalaman lantas disambut Fahim. Izat tersenyum, dia seakan dapat merasa gejolak hati sahabatnya ini. Resah dan gelisah terpancar dari sinar matanya yang redup. Izat menepuk perlahan bahu Fahim.

Fahim tidak mengangkat muka, tidak berani menentang pandangan sahabat yang sangat disegani itu. Pada diri Izat, dia nampak acuan al-Quran yang dipegang, dia terbayang sunnah Rasulullah S.A.W yang dijadikan amalan oleh Izat.

"Im, okay ke tak?" Izat mula bersuara.

Dia tahu, Fahim ini jenis yang kalau diasak baru hendak buka cerita, jika tidak tidak payah mengharap.

Fahim tersenyum tawar.

"Kenapa kau tanya macam tu? Aku tak nampak okay ke?" Fahim tahu, Izat seorang yang mudah membaca hati orang lain. Tidak perlu detail, dia dah summarize siap-siap dalam otak apa saja yang terjadi.

Izat tergelak kecil. "Dah macam berjalan atas angin, kadang termenung, kadang nampak macam nak menangis. Kalau tu kau kata masuk dalam kategori okay, betul la tu kau okay."

Fahim tidak beriak apa-apa. Lama dia diam, Izat pula memberi ruang.

"Hati aku sakit, Zat."

"Dunia?" Izat melihat Fahim mengangguk perlahan. Dilihat mata Fahim mula berkaca.

Digosok perlahan belakang sahabatnya ini.

"Kalau pada sudut student macam kita ni, yang boleh jadi masalah cuma pasal kewangan, study, family, kawan dan kaum muslimat. Kalau aku tak silap, berdasarkan penelitian terhadap faktor di atas, aku teka yang buat hati kau sakit ni, hal yang menjadi fitnah terbesar bagi muslimin?"

Fahim tersenyum, sudah aku katakan. Bionic betul si Izat ni, boleh tembus otak dan hati orang.

Izat kalau dalam cakapnya, mesti tersusun dan teratur. Siap mimik muka yang menandakan dia berfikir bersungguh-sungguh tentang perkara itu. Izat... Izat...

"Im, sebab tu Rasulullah S.A.W kata, fitnah terbesar bagi kaum kita adalah muslimat. Oleh kerana kita dah tau, kita kena siap untuk hadapi fitnah tu, Im. Jangan bagi kita tersungkur dalam fitnah yang kita dah tahu bahayanya." Izat menepuk bahu Fahim.

Fahim semakin tenang mendengar Izat mengalun ayat 14 Surah ali-'Imran berserta maksudnya:

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik."

"Hati kau sakit, mengikut perkiraan aku yang masih kurang ilmunya ini, sebab kau rasa perasaan yang wujud terhadap seorang muslimat itu indah dan teruk tunduk kepada rasa itu. Rasa suka itu tak salah, Im. Kurniaan daripada Allah S.W.T, fitrah manusia. Tapi yang membuatnya salah adalah apabila kita meletakkan rasa indah terhadap ciptaan-Nya itu tersikit ke hadapan berbanding pada Pencipta itu sendiri."

Fahim menunduk. Dia malu, dia tidak sehebat Izat. Izat bukannya lepasan Maahad mahupun sekolah agama, tetapi seribu kali lebih baik daripada dia yang belajar di sekolah agama dulu.

Izat seorang yang tenang, jika dia tidak senyum pun, nampak muka seperti senyum Smiling face orang kata.

Izat tak macam dia,yang diganggu gangguan cinta dunia. Sungguh,dia sangat-sangat segan dengan anak muda di sebelahnya ini.

"Im, aku tak sehebat macam yang kau sangka. Aku pun manusia, kadang-kadang terjatuh dalam jurang dunia. Tapi, bila kita tahu Iman kita makin merudum, kita patut cari balik paksi hati. Iaitu tak lain hanya pada Ilahi." Izat merenung kepada Fahim yang semakin hilang sinar gelisah, tidak seperti awal-awal tadi.

"Aku dah cuba tak pandang wajah dia, Zat. Aku dah cuba tak ingat, dah cuba buang. Tapi, kuliah aku banyak sama dengan dia. Nak elak, tapi terpandang jugak." wajah Fahim kembali tegang.

Firman-Nya dalam surah an-Nur ayat ke 30:

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

"Jangan jadikan semua itu sebagai satu sebab yang buat kau tunduk pada godaan syaitan, Im. Dia dah cakap dalam surah an-Nur. Insya0Allah, kau kena mujahadah untuk betul-betul tundukkan pandangan. Allah tahu Im, usaha kita takat mana. Dia sedang uji, nak beritahu tanda Dia sayang."

Fahim hanya diam tidak berkutik.

Ayat 36 Surah Muhammad:

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu. Dan Dia tidak meminta hartamu."

Dunia, equal to a game and a joke. Angan kosong yang kau rasa pada si dia, cuma satu permainan dan gurauan dunia, Im. Sebab angan kosong tu tak letakkan Allah sebagai raja, tapi nafsu itu sebagai raja."


Fahim menitiskan air mata. Dia tahu, dia sudah jadikan nafsu dan angan kosong tiupan syaitan itu sebagai raja. Jahatnya dia, kerana itulah rasa sakit. Sakit kerana dia tidak letakkan Allah S.W.T pada paksi hatinya.

Bibirnya beristighfar. Dia dah melebih-lebih sangat dalam soal ini. Padahal mama dan walid hantar dia ke sini untuk mencari ilmu, bukan untuk tunduk dengan perasaan.

"Kau...betul suka dia?" Izat teragak-agak bertanya. Ish, soalan sensitif ni. Kena pakai psikologi. Hehe.

Fahim mengangkat muka, hendak tergelak dia dengar soalan yang keluar dari mulut Izat yang tidak pernah berbicara soal hati dan cinta manusia ini.

"What? Apa pandang-pandang, gelak je ler kalau nak gelak. Aku pun manusia,okay? Soalan normal tu. Nak jawab, jawab. Tak nak, up to you." Izat mencebik bibir.

Terlepas gelak kecil daripada Fahim. Untungnya siapa dapat Izat. Izat yang penuh ilmu dan Iman, penuh santai dan sempoi. Dia selalu cakap dekat Izat, mesti bakal isteri Izat nanti perfect macam Izat jugak.

Tetapi Izat selalu merendah diri dan selalu cakap, semua ini milik Yang Esa dan tidak ada manusia yang perfect seperti Rasulullah S.A.W. Betul, dia selalu disedarkan tentang khilafnya,.hanya dengan tingkah bicara Izat.

"Entahla Zat. Nak cakap suka, tak berani. Nak cakap tak suka, entah aku pun tak tahu."

"Kalau kau suka dia, kau tahu apa patut kau buat?" Izat merenung ke hadapan masjid.

"Kau nak suruh aku pinang dia? Aku...tak sedia lagi Zat." Bulat mata Fahim, terkejut dengan saranan yang bakal disuarakan Izat.

"Ish, ish. Itulah, kalau orang cakap, jangan menyampuk. Ada aku suruh jawab soalan?" Izat menggeleng-geleng kepalanya.

"Dah kau tanya, aku jawab la." Fahim mencebik.

Izat tergelak kecil. "Macam ni, kalau suka dia, jaga la dia."

Fahim merenung Izat. Tanpa riak.

"Aku tak habis cakap lagi. Aku nak kata, jaga dia dengan menundukkan pandangan kau. Kalau kita sayang seseorang, kita mesti nak dia selamat sejahtera kan? Jangan buat dia jadi fitnah dalam hati kita. Jangan buat dia terperasan yang kau ada hati pada dia, boleh?"

Fahim kembali mengangguk perlahan. "Jodoh bagi hati adalah hati jugak, kan Zat?"

"Dan pemilik hati itu siapa, wahai sahabatku?" Izat menjeling Fahim yang sedang menunduk.

"Rabbul Izzati, Yang Tertinggi." Fahim menjawab perlahan.

"Good boy! Jadi, kalau nak, mohon pada Dia, cinta pada Dia saja. Insya-Allah sejahtera dunia Akhirat." Izat tersenyum.

Fahim mengangkat muka. "Jazakillah ya akhi, kau tak tau bersyukurnya aku ada sahabat macam kau."

"Alhamdulillah, hadza min fadhli Rabbi, Im. Sama-sama kita betulkan andai tersilap langkah." Izat bangun melipat sejadah yang digunakan Fahim tadi.

"Jom, aku banyaaaakkk sangaaaatttt amaaatttt background reading tak buat lagi. Nak stay tak?" Izat meletak sejadah di dalam almari masjid.

"Jom! Lepas tu qiam sama eh!"

Fahim melingkarkan tangan ke bahu Izat. Bersama-sama melangkah dengan semangat yang baru. Cinta pada Dia sahaja. Insya-Allah, yang lain bakal cinta pada mereka juga.

Bahagia bukan? Andai Allah S.W.T itu menjadi paksi hati. Bersahabat hanya kerana mencari redha-Nya. (^_^) Ukhuwah fillah abadan abada~


Monday, November 7, 2011

Setulus Doa...

Allahu Rabbi...
Aku punya pinta
Jika suatu saat
Kau izinkan cinta itu dihatiku.
Biarlah cinta itu cinta yang mengukuhkan cintaku pada-Mu
Jangan tinggalkan aku sendirian mengembara menuju-Mu
Kerana aku pastinya nanti tewas.

Allahu Rabbi...
Aku punya harapan
Andai syurga itu buat insan yang taat
Jadikanlah aku hamba-Mu yang taat
Agar dapatku bersama insan-insan yang selalu berbahagia.

Allahu Rabbi...
Aku punya impian
Jika satu hari
Kau izinkan untukku mendapat nikmat
Jadikan nikmat melihat wajah-Mu di akhirat
Merupakan nikmat yang terbesar dalam kehidupanku.

Allahu Rabbi...
Ambillah hatiku
Dan jika Engkau ingin berikan kepada manusia
Jangan lepaskan aku
Kerana aku tidak mampu mencintai manusia tanpa sandaran cinta-Mu

Thursday, November 3, 2011

~~Muhasabah Cintaku~~


CINTA SEBELUM NIKAH

Awalnya begitu bahagia.....

Bunga-bunga asmara bermekaran
Bagaikan siang yang cerah dan malam yang dihiasi bintang
Namun, setelah dilalui semuanya
Keresahan yang didapatkan

Hatiku tak bisa tenang
Wajahmu selalu membayangi pikiranku
Namamu selalu terlintas dihatiku
Batinku tersiksa,,,,
Apakah engkau akan menjadi angan-angan atau impianku semata??
Sedangkan aku tak pernah tau, apakah aku ada dihatimu??
Apakah engkau akan menjadi jodohku??

Cinta yang penuh kegundahan, kegelisahan dan kerinduan dalam hati
Terkadang hati merasa takut kehilangan dan dikecewakan
Padahal  engkau bukan milikku
dan mgkin  saja menjadi milik orang lain
Kerana engkau belum halal bagiku

Cinta sebelum nikah
Cinta itu bisa membutakan, ya...membutakan hati
Cinta yang penuh dengan nafsu bergelora
Cinta tanpa komitmen yang jelas
Cinta yang belum selayaknya diungkapkan

Cinta sebelum nikah
Cinta yang merupakan cubaan
Dimana orang-orang banyak jatuh kedalam linangan dosa kerananya
Hanya orang-orang yang menyerahkan cintanya kepada Allah-lah yang mampu bertahan, agar tidak tergoda dengan cinta yang menyesatkan...
Oleh itu, jagalah hatimu buat dia yang telah dituliskan Allah di Lauh Mahfuzh sana...

Bersabarlah dalam penantian...
Bersabarlah...bersabarlah diantara sujud panjangmu
Bersabarlah diantara harap dan do'amu padaNya
Bersabarlah terus...diantara dua lelehan air matamu kerana berharap yang terbaik dariNya
Sungguh itu lebih baik bagimu dan yang lebih Allah riedhai dari pada selainnya
Walaupun sulit, terasa berat, tidak tahan menunggu kepastian,
Namun tetaplah sabar dalam penantianmu.
Kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untukmu.

(keep smile & istiqamah, bersabarlah dan jaga hatimu ^_^)

CINTA SETELAH NIKAH

Cinta yang ingin dirasakan
Cinta yang begitu dirindukan
Dimana semua orang sangat menunggu saat itu tiba
Semua berharap segera dapat berjumpa

Cinta setelah nikah
Dimana keberkatan dari Allah
Tercurah kepada sepasang manusia yang telah halal baginya
Cinta yang diredhai, penuh keampunan serta kasih sayang Allah

Cinta setelah nikah merupakan perjuangan
Hujan badai dan gelombang kehidupan datang silih berganti
Jadikanlah perbedaan bukan sebagai jarak yang memisahkan
Melainkan untuk saling melengkapi
Setiap manusia memiliki karakter yang berbeza
Tak ada manusia yang sempurna
Kerana kesempurnaan hanya milik Allah semata..

Jangan biarkan cinta itu redup, kemudian mati
Tumbuhkan cinta itu karna Allah
Saat engkau tergores luka dan kecewa
Tulislah dihamparan pasir
Agar sirna ditelan ombak kecintaan keranaNya

Saat kebahaagiaan menghiasi
Maka ukirlah dibatu karang
Kerana bila badai ombak kehidupan menerjah
Ia akan teguh dalam naungan cintaNya

Maka...
Bila segala cubaan datang menghampiri
Bila badai ombak kehidupan menerjah
Kita selesaikan dengan cinta, dan sayang..
Kerana aku mencintaimu kerana Allah...
(uppss...kata2 yg hanya boleh diucapkan untuk dia yang telah halal bagiku ^_^)