Friday, December 21, 2012

opss!! terjatuh cinta dgn...... .......... ..............

Assalamuallaikum w.b.t..

Alhamdulillah..dipetang yg mulia ini, dpt jua kucoretkn sedikit perkgsian bersama..sebenarnya skrng ni ada kt library UTHM tercinta..konon2 nk stdy LAW..stdy sbjek membaca ptng2 ni alamatnya kelaut la jwbnya..hehe..mengantuknya saat n ketika ini..dh la seludup makanan dlm libry..aiya!!..sepatutnya mmg xleh bwk makanan, tp apakan daya, duk dlm ni lama2 rasa lapaq pulak..maaf kn saya ya staf-staf library sbb terpaksa seludup makanan....^_^
rasa tenang duk cni sowng2..xda sapa nk kacau..sooooo.."library ini ana yg punya..hahaha..(gelak jahat)"

syuqran ya ukhtie fiza bg pnjam mto mai library..klu dak mmg xdpt mai la jwbnya..huhuhu..sekarang...tibalah masanya utk membuka buku LAW..jeng3x!! tba menguap..aiya!! ni la penyakitnya klu stdy sbjek membaca ptng2 ni..sbnarnya ptng2 ni mmg x sesuai stdy sbjek membaca..saja nk try n error..tp tgk la pa dh jd..10minit kemudian....tiba2 terbuka blog n  you tube....hehe..apalah..! tup3x!!  tertarik  sgt dgn lagu2 arabic abu ali n talks Al-Habib Ali Al Jufri..saja try buka..touching2x!! saat ini..berlinang airmata dgar ceramah dia..Allahuakhbar..tersentak dr alpa..jahilnya dri ni..insaf2x!!bnyak lagi nk dgr ceramah dia..tp balik umah stgi la continue..ni la  antara tajuk2 ceramah yg sempat didgr

  1. Kecintaan Bilal kpd Rasulullah s.a.w,
  2. Jgn dinilai manusia dr luaran,
  3.  Nasihat kpd remaja dan lastly 
  4. 3 lagkah utk megekalkan ketaatan beribadah.
..sgt2 syahdu dan menyentuh hati ini..menitis airmata mndgar semua ceramah ni..huuu...dr segi penyampainannya mmg terbaik..dpt menjiwai n membayangkan apa yg disampaikan..subhanallah..hidup ini mesti diteruskan!! bangkit afi !! bangkit dr alpa!!! kekuatan x perlu ditunggu, tp perlu dicari..takbiirr!!! sgt bersemngat saat dan ketika ini...ditambah plak dgr lagu jihad fisabilillah..waaahhh..lg bersmgat ni..
dibawah ni ada disertakan lagu2 arabic yg menjadi kesukaan n kecintaanku saat ini..hehe..
Dengarkanlah ya..=)




ha!! ni pulak lagu Rasulullah s.a.w..nice song..Arabic song..lps ni mmg pandai la lagu2 arabic..hehe..
"Ya Rasulullah Ya Habibllah..kami rindu padamu"....


ok, sekian saja coretanku utk kali ini..nk continue stdy LAW plak la..hehe..semua ni hnyalah sekadar perkgsian bersama..nabi pesan.."sampaikanlah dariku walau satu ayat.." soooooooooo..kita smpaikanlah apa jua bnda yg baik utk renungan bersama..sebab setiap kita adalah pendakwah..jgn duk pandai2 ckap hnya ustaz n ustazah ja layak jd pndakwah..KITA SEMUA NI ADALAH PENDAKWAH..!! remember that k!!! peringatan keras....!! oppss!! tergarang plak..asif ya.. ^_^ ..ok, ana undur diri dulu..yg baik semuanya dtng dr ALLAH s.w.t..yg serba kekurangan dtng dr diri yg jahil ini..wallahualam...sekian..wassalam..






Tuesday, December 18, 2012

:: PeM!Lik C!Nt@Ku SeTeL@H ALLAH D@N RaSuL..

Bakal Imamku..dengarkanlah..Sebelum engkau halal bagiku..





Pernikahan atau perkawinan,
Menyingkap tabir rahsia...
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Apalagi secantik Zulaikha.

Justru Istrimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi Solehah....

Pernikahan atau perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,

Disaat Isteri menjadi tanah, Kamulah langit penaungnya,
Disaat Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu lah pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Disaat Isteri menjadi murid, Kamu lah mursyidnya,
Disaat Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya. 
DiSaat Isteri menjadi madu, Kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri melakukan kesilapan, berhikmahlah dalam menegurnya...

Pernikahan atau perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya IMAN dan TAQWA...
Untuk belajar meniti sabar dan Redha kpd Allah SWT 
Kerana  memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justru ......Kamu akan tersentak dari alpa,

Ingatlah wahai bakal Imamku..
Kamu bukanlah Rasullulah s.a.w,
Pun bukan pula sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi suami yang soleh dalam melayari bahtera yg dibina..
Pimpinlah isterimu menggapai cintaNYA..
Jadilah nakhoda yg bijaksana dalam melayari ombak dan badai yg melanda.....
Sekian saja nukilanku utkmu..
duhai pemilik cintaku setelah ALLAH dan RASUL...


Tuesday, November 13, 2012

Kisah Zinnirah Al Mumtahanah..


Betapa teguhnya keimanan dan cintanya kepada Allah..

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah 
Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat 
merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah 
yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta 
yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah 
cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam 
mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. 


Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat 

awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum Muslimin dan 
muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. 
Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga 
dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari 
ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa 
setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah 
antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah 
demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam 
lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk 
menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima 
hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah 
S.A.W yaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara 
sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. 
Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk 
Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa 
Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar 
di Mekah. Akihirnya beliau telah dibeli oleh Umar 
Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi 
fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, 
tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa 
yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara 
sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu 
termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya 
keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima 
dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, 
Zinnirah melakukan perintah islam secara 
sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar 
Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca 
Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan 
keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan atas Zinnirah ini bermula setelah 
tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar 
telah dapat merasakan perubahan yang terjadi dalam 
diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahwa 
hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima 
ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi 
Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. 
Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mengancam 
sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap 
berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam 
anaknya perempuannya hidup-hidup karena malu dipandang 
masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah 
mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang 
daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian 
Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. 

Maka, teruslah Umar menyiksa Zinnirah 
dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama 
asalnya dan meninggalkan Islam. Berbagai siksaan 
dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, gertakan, tendangan 
, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah 
hal biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi 
dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya 
bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Puncak penyiksaan terhadap Zinnirah ialah ketika 
matanya ditusk dengan besi panas. Beliau kehilangan 
kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup 
dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan 
jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi 
penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari 
tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan 
ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. 
Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan 
sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku 
terpaksa mengharungi ujian berat, sedangkan neraka itu 
dipagari oleh berbagai kesenangan." 

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat 
kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di 
atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin 
kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin 
Mekah. Berbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka 
mengatakan Zinnirah buta karena dilaknat oleh tuhan 
Latta dan Uzza. Mereka mengatakan itu karena Zinnirah 
mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta 
bukan karena tuhan mereka, sebaliknya ini adalah 
perbuatan Umar dan Allah menetapkan ini terjadi.
Walaupun diuji dengan segala bentuk, keyakinannya 
kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karunia 
kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali 
dengan karunia Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula 
keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh 
kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk 
Islam jua...


Monday, September 24, 2012

Aku menunggumu..C.I.N.T.A...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Aku menunggumu cinta...
Untuk menjelma dalam paras manusia.
Yang boleh kutatap renung.
Yang boleh kusentuh mesra.

Sebagai manusia.
Aku tidak selalunya kuat.
Kadang, angin rindu menyapa.
Kadang, angin syahdu menerpa tiba-tiba...

Sedang gerangan dirimu..
Belum kutahu siapa.
Belum bertemu sua.
Sedang perihal dirimu,
Masih dalam pegangan rahsiaNya.


Untuk yang bernama cinta.
Tiadalah aku menanti kosong.
Melainkan dengan doa seiring usaha.
Bukanlah aku melangkau batas larangan.
Melainkan bergerak untuk menghampiriNya.


Untukmu wahai cinta.
Sungguh penuh bertanda tanya.
Apakah kau wujud di dunia.
Atau damai menanti dalam jannahNya.

Namun, kuyakin & pasti dengan janjiNYA..
Daripada Pencipta segala cinta.


Walaupun begitu.
Penantian ini terasa indah.
Kerana kupaksikan kerana Allah.
Dalam bertatih mempersiapkan diri.
Menyemai iman di dalam taman hati.
Agar mewangi akhlak & agama yang memagari diri.

Oleh itu, tidak akan sesekali ku mungkiri.
Tercemar sucimu dengan noda berwajah dosa.
Kerana aku sangat cinta.
Buat kubercita-cita sampai ke syurga.
Maka apa-apa yang membawa ke neraka,
Aku akan berusaha untuk menjauhinya.


Aku menunggumu wahai cinta.
Untuk menjelma sebagai manusia.
Dan aku menantimu dengan usaha.
Dalam perjalanan hamba kepadaNya.




Adaptasi daripada Puisi Aku Menunggumu Cinta - Hilal Asyraf [Karya : Sebelum Aku Bernikah; PTS Milennia]

Wednesday, April 4, 2012

Pengorbanan Bukan Sekadar Cerita…

lilin
Bumi Tuhan ini luas dan insyaAllah ruang dakwah akan tetap terbuka. Dakwah ini bukannya kegiatan sampingan untuk satu kesukaan, atau mencari kekayaan tetapi adalah tanggungjawab dan amanah. Amanah yang menyebabkan pelaksananya berletihan kerananya.
Amanah yang akan menyebabkan terkorbannya kerehatan, harta, bahkan nyawa. Amanah yang akan mengheret insan ke lembah ujian. Namun ia juga amanah yang menyebab insan merasai nikmat kelazatan iman. Amanah yang menyebabkan insan yang melaksanakannya bebas dari ketakutan terhadap makhluk dan hanya takutkan Allah.

"mereka yang menyampaikan risalah-risalah Allah serta mereka takut kepadaNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah, dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala perbuatan makhluk)" (Surah al-Ahzab, ayat 39).

Setiap kali menjelang musim Aidil Adha, maka berceramahlah di sana-sini berbagai penceramah tentang pengorbanan. Berceritalah tentang Nabi Ibrahim a.s sebagai simbol insan yang berkorban. Pun kita tidak tahu, adakah penceramah yang berbicara tentang pengorbanan itu telah berkorban untuk agamanya, atau sekadar untuk poketnya?
Apakah ucapan itu lahir dari insan yang telah merasai jerit perit pengorbanan perjuangan, atau sekadar memenuhi jemputan sahaja. Maka jadilah ucapan-ucapan itu kontang dari segi ruhnya dan tandus dari segi realitinya.
Maaf, dalam banyak keadaan kita banyak penceramah atau yang disebut 'qussas' namun kita kurang pendakwah yang menjadikan agenda ummat itu sebahagian dari kehidupannya.
Qussas tidak mementingkan ketulenan fakta, sebaliknya yang dipentingkan 'orang suka dengar' sekalipun tiada terasnya.

Bak kata al-Syeikh Muhammad 'Ajjaj al-Khatib:
"Kebanyakan qussas (tukang cerita) mereka hanya pentingkan orang ramai berkumpul kepada mereka. Maka mereka pun mencipta hadis apa yang boleh disukai dan membangkitkan jiwa orang ramai, menggerakkan perasaan dan memberikan harapan. Di kalangan para qussas ada yang melakukan itu semua demi untuk memperolehi habuan dan faedah dari pendengar. Kebanyakan bala datang daripada mereka. Mereka berdusta kepada Nabi s.a.w.dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan.

Peliknya, mendukacitakan mereka memperolehi pula telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian". (Muhammad 'Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith, m.s. 424, Beirut: Dar al-Fikr).
Adapun bagi pendakwah, masa depan Islam, penerimaan masyarakat terhadap Islam, kelangsungan mesej Islam dan pandangan baik manusia terhadap agama ini akan menjadi agenda penting dalam kehidupannya.
Bercerita tentang pengorbanan dan menghayati pengorbanan adalah dua perkara yang berbeza. Untuk berbicara amatlah mudah, ramai penceramah boleh lakukannya.
Namun untuk menanggung dakwah dan segala tribulasinya amatlah sukar.

Nabi s.a.w dan para sahabah baginda telah merentasi lembah ujian yang perit untuk membawa dakwah ini. Di situlah mereka terpaksa membelanjakan harta, menanggung sengsara dan keperitan hidup, bahkan menggadaikan nyawa. Bukan untuk kepentingan mereka semata, tetapi untuk manusia sejagat.
Di situlah mereka hayati kemanisan iman, kelazatan perjuangan, kenikmatan persahabatan juga kasih-sayang yang sebenar dari lubuk jiwa para pejuang. Di situ mereka menemui cinta yang sejati kepada Allah dan RasulNya. Ketika dunia kehairanan melihat mereka bagaikan memperjudikan diri untuk membawa risalah Tuhan, padahal mereka sebenarnya tenggelam khusyuk dalam lautan nikmat kecintaan dan tawakal kepada yang Maha Esa. Mereka sebenarnya, menjual diri dan harta untuk mendapat ganjaran agung yang jauh lebih besar dari kehidupan dunia yang sementara.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan kamu suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itu lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuinya. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". itulah kemenangan yang besar (Surah al-Saff, ayat 10-12).

Namun sebagai insan, seteguh mana pun perasaan, sekental mana pun jiwa akan terselit juga kesedihan dan dukacita apabila ujian itu datang bertalu-talu. Apabila kebaikan dibalas dengan keburukan. Apabila keikhlasan dibalas dengan kesombongan dan hasad dengki.
Untuk itu, Allah mengubat jiwa para pejuang dengan dihidangkan kisah-kisah pengorbanan, keperitan dan kesakitan yang dibaluti kesabaran yang telah dilalui oleh mereka yang terdahulu yang melalui denai dan becak perjuangan ini. Dengan kisah-kisah itu, akan menjadikan pejuang tidak kesepian, atau rasa bersendirian sebaliknya akan sedar inilah realiti sebuah perjalanan perjuangan yang mesti ditempohi dalam memburu cinta Allah dan kasih rasulNya juga syurga yang dijanjikan.

Firman Allah:
"Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu mendukacitakan engkau (Wahai Muhammad), sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu keras kepada dengan ayat-ayat Allah. Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu juga pernah didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan mendustakan dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu". (Surah al-An'am, ayat 33-34).

Dengar mendengar cerita benar tentang pengorbanan dapatlah meredakan gelora perasaan para pejuang. Ya, mendengar cerita tidaklah dapat mengurang tekanan fizikal yang dihadapi, namun ia dapat mendamaikan perasaan.Dalam banyak keadaan keperitan itu datang dari dalaman jiwa melebihi apa yang berlaku di luar.
Maka al-Quran dan juga sunnah menghidang banyak kisah-kisah pengorbanan untuk menjadi bekalan pejuang dalam meneruskan agenda menyampai Islam ini.
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dipilih sempena Aidil Adha untuk mengingatkan umat ini tentang perjuangan dan pengorbanan. Hidup Nabi Ibrahim adalah hidup yang dipenuhi oleh perjuangan dan pengorbanan tanpa henti. Bukanlah sukar untuk meletakkan pisau menyembelih seorang anak. Tetapi yang sukar itu ialah untuk bertarung dengan perasaan, kepentingan dan derita hati dalam melakukan perkara yang demikian.

Allah Yang Maha Penyayang bukan mahu supaya Ibrahim a.s. membunuh anak, sebab itu digantikan dengan haiwan yang sebenar. Allah mahu Ibrahim a.s. memperlihatkan bahawa cintanya kepada Allah mengatasi segala perasaannya. Itu kemuncak seorang nabi, itulah kemuncak seorang da'i dan itulah kemuncak seorang pejuang. Apabila kepentingan diri itu tidak lebih besar dari kepentingan dakwah dan perjuangan yang ditanggung. Apabila kita melakukan korban mencontohi perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sedangkan kita gersang jiwa dan kefahaman tentang hakikat perjuangan, maka tujuan pensyariatan itu tidak menuju ke sasarannya.
Jadilah kadang-kala majlis korban itu majlis bermegah-megah, atau sekadar memberikan daging dan melupai falsafah perjuangan dan perngorbanan di sebaliknya.

Apabila umat ini meninggalkan tanggungjawabnya sebagai penyampai risalah kebenaran, maka banyaklah syariat yang diturunkan itu hanya ada rupa luaran namun tandus isi dalamannya. Para pejuang itu berkorban haiwan pada hari Aidil Adha, yang bukan pejuang juga melakukan korban. Namun jiwa yang membara, makna yang dihayati dan hakikat yang difahami yang mengalir dalam tubuh setiap mereka tidaklah sama.
Berjuang dan sekadar bercerita tentang perjuangan tidaklah sama. Apabila jiwa tidak sama, rasa pun berbeza. Apabila rasanya berbeza, kelazatan nikmat agama yang dihirup oleh pejuang pastinya tidak sama dengan apa yang dihirup oleh seorang yang bersantai mencerita tentang agama.
Maka, bukan semua yang berkorban binatang pada aidil adha ini dapat menghayati hakikat perjuangan yang disampaikan dalam sejarah Nabi Ibrahim a.s.

Wednesday, February 1, 2012

Damba C!Nt@ MU.....


♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


❤¸¸.•» Aku impikan diriku

yang sentiasa ghairah bertasbih

mengadu rindu padaNYA

mengasihiNYA sepenuh jiwa raga

mencintaiNYA sekuat hati


❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata

akibat rindunya aku pada penciptaku

akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat

akibat segannya aku kerana sering menipu

kecintaanku padaNYA


❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya

pabila nama tuhanku disebut

jantungku berdegup kencang

bila disebut azabNYA

tetapi tenang semula

bila dicerita kasih sayangNYA


❤¸¸.•» Aku impikan diriku

yang setiap detik mengingatiNYA

akan nikmatnya yang tidak terhingga

kerana aku tiada apa-apa

dialah yang MAHA PEMBERI


❤¸¸.•» Aku impikan diriku

yang sentiasa bertawakal padaNYA

yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku

maha suci dari menzalimiku

kerana DIA penciptaku

yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif

seperti aku..


♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪