Thursday, December 29, 2011

Khas Buat insan yang bernama..... S.A.H.A.B.A.T...


Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia ...

Bersama menuju cinta ILAHI.....


Thursday, December 1, 2011

C!Nt@....???

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)

Ana yakin dan percaya, bahawa Allah itu Maha Adil. Untuk mendapat yang terbaik, kita terlebih dahulu perlu menjadi yang terbaik. Dalam hati, mahu calon suami yang hebat, yang tak pernah tinggal solat, lemah lembut, caring, loving. Tapi diri sendiri masih melewat-lewatkan solat, kekadang solat kekadang tidak, ikut mood la konon. Masih bercakap kasar..megumpat. Tepuk dada tanya iman. Teringat kata-kata Dr. Fadhillah Kamsah, kenapa masih x dapat orang yang benar2 kita nak? sebab hati tak bersih. SEBAB HATI TAK BERSIH! . Terkesan sangat dengan kata-kata ini. Memang benar. Sebab hati tak bersih, susah untuk kita menerima dan org menerima kita.

Untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Sekiranya datang kepadamu seorang lelaki yang soleh, maka kahwinilah dia.. 


Adakah kita dapat menjaga hati ini untuk tidak jatuh dalam lembah kemaksiatan...? Maksiat hati itu, adalah yang paling susah dikawal. Yakin pada Allah, bahawa Dia akan mengurniakan kita jodoh yang terbaik sekiranya kita berusaha untuk menjadi HAMBA yang terbaik di sisiNya.

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Insya-Allah! Jom! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Mari! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh semua sekali! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.



Wallahualam =)