Monday, March 18, 2013

LAYAKKAH AKU?!!!!


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


walaupun jilbab labuh mencecah lantai..
sarung kaki dan tangan sentiasa tersimpan kemas..
namun layakkah diri ini digelar muslimah solehah??

walaupun purdah menyaluti wajah..
jubah indah menyarungi tubuh..
namun layakkah diri ini di gelar muslimah solehah??

walaupun serban putih menjadi mahkota..
tasbih indah melingkari jari jemari..
busana putih suci membaluti tubuh..
namun layakkah ia di gelar muslim soleh??

walaupun status muka buku sering mengajak ke arah kebaikan
mentarbiahkan orang ramai..
mengingati orang ramai...
layakkah ia di gelar muslim soleh dan muslimah solehah???

Solehnya dan solehah seseorang itu bukannya perlu di tunjuk-tunjukkan kepada orang ramai..
tetapi ianya perlu besederhana dalam menjadikan diri penuh istiqamah..


Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". Peganglah hadis ini, semoga menjadi dorongan dan pedoman serta panduan kepada kita.



orang yang mengaku diri itu cukup sempurna adalah manusia yang riak dan takbur..
sebagai manusia kita tidak lepas daripada dosa...
dan tidak salah jika kita mendidik hati kita untuk jadi yang terbaik.


duhai teman....
maafkan diriku ini ya seandainya pernah melampaui batas..

dan daku sedar..aku bukanlah dikalangan yg terbaik..

ingatlah duhai teman,..


aku tegur dirimu,tandanya syg..
bukan mahu mencari salah dan keaiban dirimu, bah kan aku sendiri pun bnyak khilaf dan dosa... tetapi daku mahu kita sama2 menggapai syurgaNYA..dan bkn mengundang kemurkaanNYA..
bukan mudah utk menuju jalan kesyurgaNYA...perlu kpd mujahadah..

dan aku sedar..


adakalanya..dirimu membenciku.. sering memarahiku...tidak meghormatiku..
tapi aku yakin dgn janjiNYA..bkn mudah utk berada dimedan dakwah ini..bnyak ujian dan cabaran yg perlu ditempuhi...Rasulullah s.a.w sendiri pun sering dihina, diketawakan malah dizalimi, tetapi baginda tetap bersabar..malah tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan..sentiasa menunjukkan akhlak yg mulia...Allahurobbi..hebatnya akhlak nabi s.a.w..


tp aku..?? sejauh mana dri ini boleh bersabar..sabar ya duhai hati..balas lah kejahatan dgn kebaikan...insyAllah, Allah mengira setiap titisan airmata yg membasahi pipi..dan hati yg sering disakiti..


adakalanya diri ini seperti sudah berputus asa..nak menjauhkan diri..dan rasa tidak sanggup lagi..tp aku takut..takut akan dipersoalkan diakhirat nanti..kenapa aku tidak membimbingnya..aku buang segala keegoan diri ini demi membawanya menuju cinta yg ESA..selama 2 tahun aku berusaha utk membimbingnya....tapi apakan daya..semuanya dtng dr yg ESA..diri yg kerdil ini hnya mampu menyampaikan dakwah,dan tidak mampu utk mengubah hatinya..


ya, aku sedar..petunjuk dan hidayah datangnya dr ALLAH..tp kita kena berusaha utk mendapatkannya..aku serahkan segalanya kpdMu YA ALLAH...sesungguhnya, ENGKAU lah yg Maha Kuasa yg memegang hati-hati ini...bantulah kami dalam mencari jalan pulang kesisiMU...


Demi masa:Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(Surah Al-Ashr.)

sekian saja coretan kali ini..dah lewat ni..klu ikutkan hati ni, bnyak sgt nk diceritakan..insyAllah, dilain waktu..sekadar perkongsian bersama..wallahu'alam..


~UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA..~

Tuesday, March 12, 2013

L@NTUNAN MAH@BBAH RASULILL@H


Allahhumasolli'ala Saidina Muhammad..

Alhamdulillah.syukur keHadrat ILAHI masih merasai nkmat Iman dan Islam dalam diri ini..sudah lama rasanya tidak menulis warkah di dalam blog ni..Allahurobbi..tenang dan damainya jiwa ku disaat ini tatkala mendengar Qasidah dari Maahad Darul Hadis..indahnya cintamu Ya Rasulullah s.a.w..adakah aku layak menjadi umatmu ya Habibullah...sedih dan sayunya hati ini bila memikirkan layakkah aku bersamamu kelak..dosaku yg menggunung laksana buih-buih dilautan,terdampar ditepian pantai membuatkan kerdilnya diri ini disisaMU Ya Allah..andai ini coretan ku yg terakhir, ampunkn segala dosaku Ya ALLAH..

Lantunan Mahabbah Rasulillah kedengaran di stadium Sultan Abdul Halim..berlangsung selama 3ari..Allhuakhbar..sgt2 bermakna dan bererti pada diri ini..Majlis yg dihadiri dengan ulama'-ulama' yg terkemuka..sheikh Zainul Asri, Sheikh Nuruddin, Tuan guru Haji Salleh, Tuan Guru Harun Din dan ramai lg..majlis yg dihadiri beribu2 malaikat pembawa Rahmat..ku panjatkn syukur kpdMU Ya ALLAH krna telah memberikan daku kesempatan utk menghadiri majlis yg penuh barakah ini..selama 3ari berlangsung, bnyak yg ana dpt..xpecially dlm memperbaiki diri ini menuju Cinta Rasul dan cinta ALLAH..kagum melihat ulama' berbicara..mmg menyentuh hati dan perasaan ini...penghayatan cinta mereka kpd Rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w amat menyentuh qalbu ini..menitis air mata tatkala mendengar selawat keatas junjungan besar Rasulullah s.a.w..aku x layak menjadi umatmu Ya Rasulullah..cintaku padamu xsetanding Cintamu kpd ku..Allahurobbi...kerdilnya diri ini..

Hati ini terasa sayu dan pilu sangat tatkala berakhirnya Lantunan Mahabbah Rasulillah ni..menitis airmata merindui majlis ini..xsanggup rasanya utk berpisah..hatiku merasa tenang dan damai bila menghadiri majlis Lantunan Mahabbah Rasulillah..yg dicari sudah ditemui,..inilah yg diri ku mahukan..agar sentiasa mengingatiNYA....kurenung kembali kedalam diri ini, betapa hinanya diriku disisi Mu Ya Rabb..hati ni sentiasa kotor dgn bisikan2 syaitan..yg adakalanya xmampu utk mengawalnya..ampunkan HambaMU ini Ya ALLAH.."Ya Allah..ENGKAU pimpinlah hatiku ini agar lidahku sentiasa berzikir dan bertasbih hnya padaMU, dan agar hatiku ini akan tetap teguh dijalanMU..kini aku sedar..hidup ini adalah satu perjuangan..

Selama majlis itu berlangsung, setiap hari kami didendangkan dengan Qasidah dari adik2 Maahad Tahfiz,darul Hadis..syamsul haq..Maahad Ibnu sina..inilah hiburan dlm islam yg dibenarkan..setiap hiburan mengingatkan kita pada Rasulullah dan Allah..setiap qasidah akan diselitkan dengan tazkirah dr sheikh dan ustaz2 yg terkemuka..hati ini berasa lapang sgt..yang paling ana puas hati adalah...Alhamdulillah, dpt jua memilki 2 cd qasidah dr Fathul Mubin dan darul Hadis..hati tersenyum girang..
ni la cdnya..^_^





keluar saja dr dewan, tiba2 ternampak buku "bingkisan Fikrah Pejuang.." yg ditulis oleh Sheikh Zainul asri..yea!!..nk beli..nk beli..tp....................tp.......tp..........
alangkah sedihnya apabila buka je purse,tgk2 duit x mengizinkan..huhu..sedih sgt..pergi dgn perasaan hampa.....tp xpa..dlm diri ni mmg dh bertekad nk jgk3x beli buku tu....!!
nk dijadikan kisahnya, suatu hari 2 ana on9..tiba2..jeng3x!!! tup2x!! ternampak buku bingkisan perjuangan siri satu dan dua dr pustaka darul hadis..Allhuakhbar...soooo..apa lagi..terus cntact n beli..waaah3x!!  ( suka la 2..).akhirnya dpt jua memiliki  buku ni..puas sgt hati ini..maklumlah buku yg diorder baru sampai..hehe..




ok, sekian coretan buat kali ini..ada bnyak lagi kerja nk dibuat..huhu..ana nk suggestkan disini, jgn lupa tau beli buku yg ana cakapkan tadi ya!! sgt bezz!!.penulisan sheikh mmg sgt bagus..sedikit perkongsian dari ana..

"jiwa-jiwa yang ingin membawa panji islam ini perlu ditarbiyah mengikut manhaj yg jelas dan bersumberkan drp Al-Quran, As-Sunnah serta sirah Nabawiyah..Manhaj yg salah bakal melahirkan jiwa aktivis yg merosakkan gerakan islam..oleh itu agenda tarbiyah yang dijalankan mestilah berdasarkan ilmumkefahaman yg diambil drp alim ulamak pewaris anbiyak.."

takbiiiirrrrr!!! ALLAHUAKHBAR...Wallahu'alam..maaf ya andai tersalah bicara..
moga ianya bermanfaat utk dikogsikan bersama..walaupn diri ini masih lg mncari ilmuNYA, bg ana "sedikit yg bermanfaat lbh baik dari bnyak yg melalaikan.." biarlah blog ini mnjadi medan dakwah utk ana kongsikan bersama..seandainya suatu hari nt ana dijemput ILAHI, sekurang2nya ada juga bekalan utk ana disana nanti...selagi mana org membaca coretan ini, slgi itulah pahala kebaikan akan berjalan..buatlah kebaikan walaupun sekecil zarah sekalipun, InsyAllah ALLAH akn menghitung kebaikan kita..setiap kita adalah pendakwah!!



Qasidah sepanjang Majlis berlangsung..Allahuakhbar..indahnyaa...^_^