Thursday, December 29, 2011

Khas Buat insan yang bernama..... S.A.H.A.B.A.T...


Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia ...

Bersama menuju cinta ILAHI.....


Thursday, December 1, 2011

C!Nt@....???

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)

Ana yakin dan percaya, bahawa Allah itu Maha Adil. Untuk mendapat yang terbaik, kita terlebih dahulu perlu menjadi yang terbaik. Dalam hati, mahu calon suami yang hebat, yang tak pernah tinggal solat, lemah lembut, caring, loving. Tapi diri sendiri masih melewat-lewatkan solat, kekadang solat kekadang tidak, ikut mood la konon. Masih bercakap kasar..megumpat. Tepuk dada tanya iman. Teringat kata-kata Dr. Fadhillah Kamsah, kenapa masih x dapat orang yang benar2 kita nak? sebab hati tak bersih. SEBAB HATI TAK BERSIH! . Terkesan sangat dengan kata-kata ini. Memang benar. Sebab hati tak bersih, susah untuk kita menerima dan org menerima kita.

Untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Sekiranya datang kepadamu seorang lelaki yang soleh, maka kahwinilah dia.. 


Adakah kita dapat menjaga hati ini untuk tidak jatuh dalam lembah kemaksiatan...? Maksiat hati itu, adalah yang paling susah dikawal. Yakin pada Allah, bahawa Dia akan mengurniakan kita jodoh yang terbaik sekiranya kita berusaha untuk menjadi HAMBA yang terbaik di sisiNya.

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Insya-Allah! Jom! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Mari! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh semua sekali! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.



Wallahualam =)

Saturday, November 26, 2011

~mutiara Hikmah~

Jangan memuji kecantikan pelangi
Tapi pujilah Allah
Yang menciptakan Langit & Bumi

Jangan percaya
Denga kata-kata bijakku
Tapi percayalah Firman Allah yang Maha Benar

Jangan masukkan namaku di hatimu
Tapi masukkan nama Allah
Hingga hatimu tenang

Jangan sedih jika cintamu di dustakan
Tapi sedihlah jika engkau dustakan Allah
Jangan pula engkau minta cinta kepada penyair
Tapi mintalah kepada Allah
yg memiliki cinta yg kekal dan sejati

Ya Allah yang Maha Rahman & Rahim
Jangan jadikan hatiku batu yg mengeras
Hingga lupa akan rahmatMu

Tuesday, November 22, 2011

Maafkanku wahai teman


Sahabat...
aku ingin kau kenangkan kembali
betapa payahnya
kita membina tugu persahabatan ini
ku harap
kau tak akan mensia-siakannya

Sahabat...
Maafkan andai aku yang bersalah...

Maafkan ku wahai teman
jika aku menyakiti hatimu
bukan niatku melukakanmu
aku mohon maafkanku.

"Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata."
[AQ : An Naml : 79]

Hadis Abu Hurairah r.a : "Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata : Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu (mati)."
[Riwayat Muslim]

Wednesday, November 9, 2011

**PAKSI HATI** (sharing cerpen)

Fahim berteleku di sejadah. Matanya merenung jauh ke mimbar masjid. Berfikir. Merenung kembali hatinya yang terasa parah kerana dunia. Dia memandang kepada Izat yang baru bangun dari solat sunat selepas Isyak. Izat yang merangkap teman sebiliknya selama dua semester mereka belajar di universiti ini dilihat melangkah ke arahnya.

Seorang sahabat yang mulia adalah yang ...membawa sahabatnya ke jalan Tuhan. Subhanallah, Fahim bersyukur dianugerahkan peluang mengenali Izat, hanya dengan melihat ke wajah Izat sudah mampu membuat dia rasa sejuk hati.

Bagai mana agaknya pula apabila orang pandang muka dia ya?

Izat menghulurkan tangan bersalaman lantas disambut Fahim. Izat tersenyum, dia seakan dapat merasa gejolak hati sahabatnya ini. Resah dan gelisah terpancar dari sinar matanya yang redup. Izat menepuk perlahan bahu Fahim.

Fahim tidak mengangkat muka, tidak berani menentang pandangan sahabat yang sangat disegani itu. Pada diri Izat, dia nampak acuan al-Quran yang dipegang, dia terbayang sunnah Rasulullah S.A.W yang dijadikan amalan oleh Izat.

"Im, okay ke tak?" Izat mula bersuara.

Dia tahu, Fahim ini jenis yang kalau diasak baru hendak buka cerita, jika tidak tidak payah mengharap.

Fahim tersenyum tawar.

"Kenapa kau tanya macam tu? Aku tak nampak okay ke?" Fahim tahu, Izat seorang yang mudah membaca hati orang lain. Tidak perlu detail, dia dah summarize siap-siap dalam otak apa saja yang terjadi.

Izat tergelak kecil. "Dah macam berjalan atas angin, kadang termenung, kadang nampak macam nak menangis. Kalau tu kau kata masuk dalam kategori okay, betul la tu kau okay."

Fahim tidak beriak apa-apa. Lama dia diam, Izat pula memberi ruang.

"Hati aku sakit, Zat."

"Dunia?" Izat melihat Fahim mengangguk perlahan. Dilihat mata Fahim mula berkaca.

Digosok perlahan belakang sahabatnya ini.

"Kalau pada sudut student macam kita ni, yang boleh jadi masalah cuma pasal kewangan, study, family, kawan dan kaum muslimat. Kalau aku tak silap, berdasarkan penelitian terhadap faktor di atas, aku teka yang buat hati kau sakit ni, hal yang menjadi fitnah terbesar bagi muslimin?"

Fahim tersenyum, sudah aku katakan. Bionic betul si Izat ni, boleh tembus otak dan hati orang.

Izat kalau dalam cakapnya, mesti tersusun dan teratur. Siap mimik muka yang menandakan dia berfikir bersungguh-sungguh tentang perkara itu. Izat... Izat...

"Im, sebab tu Rasulullah S.A.W kata, fitnah terbesar bagi kaum kita adalah muslimat. Oleh kerana kita dah tau, kita kena siap untuk hadapi fitnah tu, Im. Jangan bagi kita tersungkur dalam fitnah yang kita dah tahu bahayanya." Izat menepuk bahu Fahim.

Fahim semakin tenang mendengar Izat mengalun ayat 14 Surah ali-'Imran berserta maksudnya:

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik."

"Hati kau sakit, mengikut perkiraan aku yang masih kurang ilmunya ini, sebab kau rasa perasaan yang wujud terhadap seorang muslimat itu indah dan teruk tunduk kepada rasa itu. Rasa suka itu tak salah, Im. Kurniaan daripada Allah S.W.T, fitrah manusia. Tapi yang membuatnya salah adalah apabila kita meletakkan rasa indah terhadap ciptaan-Nya itu tersikit ke hadapan berbanding pada Pencipta itu sendiri."

Fahim menunduk. Dia malu, dia tidak sehebat Izat. Izat bukannya lepasan Maahad mahupun sekolah agama, tetapi seribu kali lebih baik daripada dia yang belajar di sekolah agama dulu.

Izat seorang yang tenang, jika dia tidak senyum pun, nampak muka seperti senyum Smiling face orang kata.

Izat tak macam dia,yang diganggu gangguan cinta dunia. Sungguh,dia sangat-sangat segan dengan anak muda di sebelahnya ini.

"Im, aku tak sehebat macam yang kau sangka. Aku pun manusia, kadang-kadang terjatuh dalam jurang dunia. Tapi, bila kita tahu Iman kita makin merudum, kita patut cari balik paksi hati. Iaitu tak lain hanya pada Ilahi." Izat merenung kepada Fahim yang semakin hilang sinar gelisah, tidak seperti awal-awal tadi.

"Aku dah cuba tak pandang wajah dia, Zat. Aku dah cuba tak ingat, dah cuba buang. Tapi, kuliah aku banyak sama dengan dia. Nak elak, tapi terpandang jugak." wajah Fahim kembali tegang.

Firman-Nya dalam surah an-Nur ayat ke 30:

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

"Jangan jadikan semua itu sebagai satu sebab yang buat kau tunduk pada godaan syaitan, Im. Dia dah cakap dalam surah an-Nur. Insya0Allah, kau kena mujahadah untuk betul-betul tundukkan pandangan. Allah tahu Im, usaha kita takat mana. Dia sedang uji, nak beritahu tanda Dia sayang."

Fahim hanya diam tidak berkutik.

Ayat 36 Surah Muhammad:

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu. Dan Dia tidak meminta hartamu."

Dunia, equal to a game and a joke. Angan kosong yang kau rasa pada si dia, cuma satu permainan dan gurauan dunia, Im. Sebab angan kosong tu tak letakkan Allah sebagai raja, tapi nafsu itu sebagai raja."


Fahim menitiskan air mata. Dia tahu, dia sudah jadikan nafsu dan angan kosong tiupan syaitan itu sebagai raja. Jahatnya dia, kerana itulah rasa sakit. Sakit kerana dia tidak letakkan Allah S.W.T pada paksi hatinya.

Bibirnya beristighfar. Dia dah melebih-lebih sangat dalam soal ini. Padahal mama dan walid hantar dia ke sini untuk mencari ilmu, bukan untuk tunduk dengan perasaan.

"Kau...betul suka dia?" Izat teragak-agak bertanya. Ish, soalan sensitif ni. Kena pakai psikologi. Hehe.

Fahim mengangkat muka, hendak tergelak dia dengar soalan yang keluar dari mulut Izat yang tidak pernah berbicara soal hati dan cinta manusia ini.

"What? Apa pandang-pandang, gelak je ler kalau nak gelak. Aku pun manusia,okay? Soalan normal tu. Nak jawab, jawab. Tak nak, up to you." Izat mencebik bibir.

Terlepas gelak kecil daripada Fahim. Untungnya siapa dapat Izat. Izat yang penuh ilmu dan Iman, penuh santai dan sempoi. Dia selalu cakap dekat Izat, mesti bakal isteri Izat nanti perfect macam Izat jugak.

Tetapi Izat selalu merendah diri dan selalu cakap, semua ini milik Yang Esa dan tidak ada manusia yang perfect seperti Rasulullah S.A.W. Betul, dia selalu disedarkan tentang khilafnya,.hanya dengan tingkah bicara Izat.

"Entahla Zat. Nak cakap suka, tak berani. Nak cakap tak suka, entah aku pun tak tahu."

"Kalau kau suka dia, kau tahu apa patut kau buat?" Izat merenung ke hadapan masjid.

"Kau nak suruh aku pinang dia? Aku...tak sedia lagi Zat." Bulat mata Fahim, terkejut dengan saranan yang bakal disuarakan Izat.

"Ish, ish. Itulah, kalau orang cakap, jangan menyampuk. Ada aku suruh jawab soalan?" Izat menggeleng-geleng kepalanya.

"Dah kau tanya, aku jawab la." Fahim mencebik.

Izat tergelak kecil. "Macam ni, kalau suka dia, jaga la dia."

Fahim merenung Izat. Tanpa riak.

"Aku tak habis cakap lagi. Aku nak kata, jaga dia dengan menundukkan pandangan kau. Kalau kita sayang seseorang, kita mesti nak dia selamat sejahtera kan? Jangan buat dia jadi fitnah dalam hati kita. Jangan buat dia terperasan yang kau ada hati pada dia, boleh?"

Fahim kembali mengangguk perlahan. "Jodoh bagi hati adalah hati jugak, kan Zat?"

"Dan pemilik hati itu siapa, wahai sahabatku?" Izat menjeling Fahim yang sedang menunduk.

"Rabbul Izzati, Yang Tertinggi." Fahim menjawab perlahan.

"Good boy! Jadi, kalau nak, mohon pada Dia, cinta pada Dia saja. Insya-Allah sejahtera dunia Akhirat." Izat tersenyum.

Fahim mengangkat muka. "Jazakillah ya akhi, kau tak tau bersyukurnya aku ada sahabat macam kau."

"Alhamdulillah, hadza min fadhli Rabbi, Im. Sama-sama kita betulkan andai tersilap langkah." Izat bangun melipat sejadah yang digunakan Fahim tadi.

"Jom, aku banyaaaakkk sangaaaatttt amaaatttt background reading tak buat lagi. Nak stay tak?" Izat meletak sejadah di dalam almari masjid.

"Jom! Lepas tu qiam sama eh!"

Fahim melingkarkan tangan ke bahu Izat. Bersama-sama melangkah dengan semangat yang baru. Cinta pada Dia sahaja. Insya-Allah, yang lain bakal cinta pada mereka juga.

Bahagia bukan? Andai Allah S.W.T itu menjadi paksi hati. Bersahabat hanya kerana mencari redha-Nya. (^_^) Ukhuwah fillah abadan abada~


Monday, November 7, 2011

Setulus Doa...

Allahu Rabbi...
Aku punya pinta
Jika suatu saat
Kau izinkan cinta itu dihatiku.
Biarlah cinta itu cinta yang mengukuhkan cintaku pada-Mu
Jangan tinggalkan aku sendirian mengembara menuju-Mu
Kerana aku pastinya nanti tewas.

Allahu Rabbi...
Aku punya harapan
Andai syurga itu buat insan yang taat
Jadikanlah aku hamba-Mu yang taat
Agar dapatku bersama insan-insan yang selalu berbahagia.

Allahu Rabbi...
Aku punya impian
Jika satu hari
Kau izinkan untukku mendapat nikmat
Jadikan nikmat melihat wajah-Mu di akhirat
Merupakan nikmat yang terbesar dalam kehidupanku.

Allahu Rabbi...
Ambillah hatiku
Dan jika Engkau ingin berikan kepada manusia
Jangan lepaskan aku
Kerana aku tidak mampu mencintai manusia tanpa sandaran cinta-Mu

Thursday, November 3, 2011

~~Muhasabah Cintaku~~


CINTA SEBELUM NIKAH

Awalnya begitu bahagia.....

Bunga-bunga asmara bermekaran
Bagaikan siang yang cerah dan malam yang dihiasi bintang
Namun, setelah dilalui semuanya
Keresahan yang didapatkan

Hatiku tak bisa tenang
Wajahmu selalu membayangi pikiranku
Namamu selalu terlintas dihatiku
Batinku tersiksa,,,,
Apakah engkau akan menjadi angan-angan atau impianku semata??
Sedangkan aku tak pernah tau, apakah aku ada dihatimu??
Apakah engkau akan menjadi jodohku??

Cinta yang penuh kegundahan, kegelisahan dan kerinduan dalam hati
Terkadang hati merasa takut kehilangan dan dikecewakan
Padahal  engkau bukan milikku
dan mgkin  saja menjadi milik orang lain
Kerana engkau belum halal bagiku

Cinta sebelum nikah
Cinta itu bisa membutakan, ya...membutakan hati
Cinta yang penuh dengan nafsu bergelora
Cinta tanpa komitmen yang jelas
Cinta yang belum selayaknya diungkapkan

Cinta sebelum nikah
Cinta yang merupakan cubaan
Dimana orang-orang banyak jatuh kedalam linangan dosa kerananya
Hanya orang-orang yang menyerahkan cintanya kepada Allah-lah yang mampu bertahan, agar tidak tergoda dengan cinta yang menyesatkan...
Oleh itu, jagalah hatimu buat dia yang telah dituliskan Allah di Lauh Mahfuzh sana...

Bersabarlah dalam penantian...
Bersabarlah...bersabarlah diantara sujud panjangmu
Bersabarlah diantara harap dan do'amu padaNya
Bersabarlah terus...diantara dua lelehan air matamu kerana berharap yang terbaik dariNya
Sungguh itu lebih baik bagimu dan yang lebih Allah riedhai dari pada selainnya
Walaupun sulit, terasa berat, tidak tahan menunggu kepastian,
Namun tetaplah sabar dalam penantianmu.
Kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untukmu.

(keep smile & istiqamah, bersabarlah dan jaga hatimu ^_^)

CINTA SETELAH NIKAH

Cinta yang ingin dirasakan
Cinta yang begitu dirindukan
Dimana semua orang sangat menunggu saat itu tiba
Semua berharap segera dapat berjumpa

Cinta setelah nikah
Dimana keberkatan dari Allah
Tercurah kepada sepasang manusia yang telah halal baginya
Cinta yang diredhai, penuh keampunan serta kasih sayang Allah

Cinta setelah nikah merupakan perjuangan
Hujan badai dan gelombang kehidupan datang silih berganti
Jadikanlah perbedaan bukan sebagai jarak yang memisahkan
Melainkan untuk saling melengkapi
Setiap manusia memiliki karakter yang berbeza
Tak ada manusia yang sempurna
Kerana kesempurnaan hanya milik Allah semata..

Jangan biarkan cinta itu redup, kemudian mati
Tumbuhkan cinta itu karna Allah
Saat engkau tergores luka dan kecewa
Tulislah dihamparan pasir
Agar sirna ditelan ombak kecintaan keranaNya

Saat kebahaagiaan menghiasi
Maka ukirlah dibatu karang
Kerana bila badai ombak kehidupan menerjah
Ia akan teguh dalam naungan cintaNya

Maka...
Bila segala cubaan datang menghampiri
Bila badai ombak kehidupan menerjah
Kita selesaikan dengan cinta, dan sayang..
Kerana aku mencintaimu kerana Allah...
(uppss...kata2 yg hanya boleh diucapkan untuk dia yang telah halal bagiku ^_^)

Wednesday, October 12, 2011

Sujud ke sujud....


Bagaimana ku jelaskan cinta
Karna itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia ilahi

Dari Sujud ke Sujud

Bagaimana ku jelaskan cinta
Bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia ilahi

** Dari Sujud ke Sujud
Sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas

Dari Sujud ke Sujud
Ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Bagaimana ku jelaskan cinta
Karna itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia ilahi

Bagaimana ku jelaskan cinta
Bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu... rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia ilahi...

** Dari sujud ke sujud
Sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas

Dari Sujud ke Sujud
Ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih

Dari Sujud ke Sujud
Ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih...

Subhanallah
Subhanallah
Subhanallah
Dari Sujud ke Sujud

Sunday, October 9, 2011

Usah dirisau akan jodohmu...









Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun aku masih belajar?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~

Saturday, October 8, 2011

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA






Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH..
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★ —

Tuesday, September 27, 2011

SERAHKAN HATIMU PADA ALLAH, NESCAYA AKAN DISERAHKANNYA KEPADA PEMILIK TERBAIK





Bismillahirrahmanirrahim...
" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim)
Assalamualaikum wbt...

Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki harta bertimbun, bukan juga seorang yang mempunyai paras wajah yang anggun jelita bak bidadari, jauh sekali bersusur galurkan keturunan yang dihormati dan disegani. Apa yang ada pada diriku hanyalah agama yang menjadi pegangan dan panduan hidup untuk aku terus gah berdiri di muka bumi Allah ini. Maka milikilah hatiku dengan izin Allah, milikilah cintaku keranaNya, milikilah diriku kerana agamaNya dan milikilah jiwaku keranaNya.

Tidak pernah dan tidak sekali pun aku kisah siapa sahaja yang mahu berkawan dengan ku baik perempuan mahupun lelaki. Apa yang penting bagiku asalkan dia tahu batasnya ikhtilat terutama jika dia seorang lelaki. Tetapi aku kisah jika dia seorang lelaki yang terus-terusan meluahkan perasaan cintanya kepadaku tanpa melalui orang perantaraan yang aku percayai. Kerana aku tidak yakin lelaki sebegini mampu menjadi pemimpinku dalam perjalanan panjang mencari dan meraih redhaNya. Cintaku tidak semurah itu! Biarlah dia sehebat mana sekalipun tetapi aku tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal ini. Bagi aku lelaki sebegini kurang mujahadahnya dalam mengawal perasaan cintanya walaupun dia seorang yang hebat dari segi dakwah. Dimana hilangnya sensitivitinya terhadap agama dalam hal sebegini yang berkait rapat dengan kerajaan diri iaitu hati? sedangkan hati perlu dijaga kerana disitu letaknya segala kemuliaan. Cukuplah sekadar berkawan denganku sehingga tiba masa yang ditetapkanNya. Saat itu pasti tiba!

Kerap sekali soalan siapa mujahid pilihanku dilontarkan oleh sahabat2 seperjuangan ku dulu. Usahlah ditanya kerana itu menjadi asrar qalbi. Cuma ingin aku tegaskan aku tidak menginginkan lelaki yang hebat di pentas dunia, bukan juga yang namanya sering meniti di setiap bibir gadis-gadis kerana ketampanan dan kepimpinannya yang menyerlah tetapi, aku lebih memilih dia yang penuh dengan kerendahan hati, yang bangunnya disepertiga malam menemui Sang Kekasih dengan hati yang sarat dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya. Hidupnya sentiasa dalam halaqah, yang ditarbiyah dan istiqamah dalam perjuangan dakwahnya. Biarlah dia tidak dikenali oleh sesiapapun asalkan namanya menjadi sebutan di langit Ilahi dan dirindui para bidadari syurga. Yang ku harapkan bukanlah putera berharta tapi yang diimpi biarlah putera agama. Bukanlah aku mengharapkan yang sempurna kerana aku juga serikandi dengan silam yang kelam.

Walaupun adakalanya hati ini teruji dengan cinta lelaki, ku cuba juga sedaya upaya mungkin menepis cinta yang tak halal buatku. Aku tetap dengan prinsipku, cinta untuk seorang suami takkan ku kongsi!. Kalian lebih mulia berbanding diriku yang hanya insan hina yang cuba meraih redha dimataNya. Diuji dgn cinta insan yg dh bergelar suami..bukan seorng, tp 2 org utk mnjadikan aku isterinya yg ke-2..Allahuakhbar.. aku x bersedia lg nk kearah hidup bermadu..walaupun aku tahu dr segi ilmu, kemampuan dan kewarakkannya dia mampu ut mnjadi imamku.., tp bersediakah diri ku ini utk menerimanya..bukan mudah..kena bnyak mujahadah..muhasabah..Allahuakhbar..jahil lg diri ni..kita merncang, Allah jg merancang..tp sebaik2 perancngan adalah perncgan ALLAH..aku pun xtau apa yg Allah rencanakan utk kehidupan ku ni..aku Redha...Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda :-
"Tidak ada fitnah terbesar buat seorang lelaki di akhir zaman melainkan seorang wanita"
Aku takut tergolong dalam golongan yang menjadi fitnah kepada lelaki. Aku tidak mahu melalaikan seorang lelaki yang bakal menjadi mujahid agama. Betapa berdosanya diriku jika aku menjadi punca kejatuhan mereka.

Kepada insan yang pernah ku katakan diriku sudah bertunang dan mempunyai pilihan sendiri, ya memang benar. Aku mempunyai pilihan ku sendiri, dan sudah pun bertunang. Aku bertunang dengan study dan gerak kerja ku dan pilihan ku adalah "dia" yang Allah takdirkan buatku. jodoh 2 kn rahsia ALLAH..soooo..hnya DIA saja yg mengetahuinya.. Dalam usiaku ini aku tidak mahu tertipu dengan cinta palsu yang boleh mengundang padah pada keberkatan rumah tanggaku kelak. Ku petik sedikit kata2 Dr Nazri yang bercinta sebelum kahwin dan sering keluar bersama dengan teman wanitanya dalam buku Dr Farhan Hadi-Denyut Kasih Medik :
" Kena jaga hubungan dengan tunang. Saya rasa macam tak berkat aje lepas kahwin. Hati jadi susah. Rasa selalu curiga. Bila dia keluar aje terus rasa tak sedap hati. Kalau sebelum kahwin dah berani keluar dengan saya, sekarang ni pun mestilah berani keluar dengan lelaki lain. Curiga ni susah nak hilang. Rasa menyesal pula tak pilih yang baik dan solehah,"
Inilah yang cukup aku takuti. Benarlah, dosa semalam menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya! 
Sememangnya jatuh cinta itu bukanlah sesuatu yang salah kerana ianya fitrah dan merupakan hadiah dari Sang Pencipta. Tetapi manusia sering kali terlupa dan leka, mereka terlalu taksub dengan hadiah yang diberi sehingga terlupa untuk berterima kasih pada Sang Pemberi Hadiah itu. Oleh itu hati ini kuserahkan padaNya, biarlah Dia yang menentukan kepada siapa yang layak memilikinya...wallahualam..

Thursday, July 28, 2011

♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

(¯`v´¯).♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥.(¯`v´¯)
`·.¸.·`¸•´♥..♥♥¸•´♥♥♥ (´'`v´'`)(´'`v´'`)`·.¸.·`

¸.ღღ Ahlan Wa Sahlan,Marhaban fii zaumina hadza ღღ

.:|♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ .:|:.

*ღ,¤Syukron jiddan aidan,¤¤

ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ

"Allahumma baariklanaa di Rajab wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan",Semoga Allah memberkahi kehidupan kita dibulan-bulan ini untuk berjumpa Ramadhan,Dengan segenap kesiapan ruhiyah, fikriyah,jasadiyah,maliyah​ dan satukan barisan raih takwa & sambut kemenangan dakwah, Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamakum.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Wahai kau pasangan tulang rusukku,Siapa n dimanakah kau aku menunggu,Saat khitbah kau nyatakan padaku,Kuharap saat itu indah dalam penantianku

Aku hanyalah sebutir pasir dihamparan luas,Dilahiran dengan suka cita
Dibesarkan dalam kasih keluarga,Dengan harapan suatu saat aku bisa bahagia,Menemukan kekasih sejati yang memberikan cinta,Mengasihi dengan tulus apa adanya

Wahai kau pasangan tulang rusukku,Harapan tulus kuhatur untukmu,Semoga kau bisa berikan semua tu,Menjadikanku insan bahagia dengan kasihmu

Membuatku dekat pada Illahi Robbi ku,Selalu merindukan kehadiranmu,Tuk beribadah bersama dalam naungan kasih sayangmu,Menciptakan istana tahajud dalam sujud panjang bersamamu,Menggapai kerido'an dan surga Illahi Robbi ku

Saat janji indah sehidup semati kau ucap untukku,Disaat kau halalkan aku bagimu Semoga saat tu adalah awal pengabdianku,Menjadi makmum yang sholeha bagimu
Mengabdikan diri sepenuh jiwaku,Berjuang bersama menegakkan panji islam itu tekadku

Kau adalah yang terindah bagiku,Segala ucapanmu adalah sebuah titah bagiku
Selama itu baik dalam syari'atku,Dengan ikhlas aku akan jalani n menjujung tinggi perintahmu

Bersama arungi bahtera kehidupan baru,Menciptakan keluarga sakinah mawardah warrohmah n barokah,Menjadi madrasah indah bagi buah hati kita,Membentuk mujahid n mujahidah,Yang ditangannya ada semangat jihad,Menegakkan panji-panji islam,Berjuang dengan hati n jiwanya sebagai syuhada',Dengan balutan kasih sayang yang indah

Dengan keterbatasan yang ada padaku,Kau hadir sebagai penyempurnaku

Rengkuh aku dalam kasihmu saat aku berada dalam kelemahanku,Ketika amarah merajai hidupku,Jadikan dirimu penyejuk hati dengan senyuman tulus n perhatianmu,Bimbing aku dengan kasih lembut mu,Agar dunia ini selalu indah bersamamu,Aku adalah tulang rusuk yang bengkok,Akan tetap bengkok jika kau biarkan itu,Akan patah jika kau paksa luruskan aku,Hanya kasih lembutmu yang bisa lakukan itu,Karena kau adalah nahkoda bagiku

Ku hanya ingin gapai keridhoanmu wahai pasangan tulang rusukku,Kerana redhamu adalah redha Illahi Robbii ku,Kala ikhlasmu menghantarkanku ke surga itu

Saat diri ini menutup mata meninggalkanmu,Untaian do'a kan senyuman ikhlas kan mengantarkanku,Karena kau adalah kunci surga itu.


Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

 

Monday, July 25, 2011

:: Mengemis Kasih::






Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Allahu Rabbi...ampunkan dosa hambaMU ini...

Thursday, July 14, 2011

Ada apa dengan cinta???

 
 
Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri, dan sudut hatimu menjadi rahsia antara dikau dengan Pemilik hati~ Kerana dalam diammu pasti akan tersimpan kekuatan harapan, harapan yang terserlah pd Allah dlm kehidupan, hingga mungkin saja Allah akan menjadikan harapan itu menjadi kenyataan, kerana mengutamakan kehendakNya didlm cintamu pd insan.
Sesungguhnya sukarnya membina harapan pada Tuhan, bila cinta pada insan direalitikan dahulu tanpa pernikahan. Mana mungkin cinta agung akan mudah bersemi, bila mana dihiasi dahulu dgn cinta insani..~
Biarlah cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan yg nyata. Bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya? Maka berharaplah padanya seiring menyempurnakan kehendakNya, agar halalnya impian itu terbina..~
Jika harapan dalam diam itu tidak menjadi nyata, tidaklah menjadi hati terlalu sedih dan kecewa, jika hakikatnya dia bukan milik kita, kerana masa tidak pernah diluangkan dengannya, bererti tiadalah kenangan hidup bersamanya..~  
Cinta Abadi Hanya disyurga..Cinta Ilahi kekal abadi..... 

Friday, July 8, 2011

~::♥ஜ♥(¯`•.¸ღ:Bawa Hatimu kepada TUHAN♥ஜ♥(¯`•.¸ღ:::~


 Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh ALLAH..

Tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
Kerana ALLAH teramat mencintainya..

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta manusia, dimana ALLAH untuk menjaga kita..?!!!
ALLAH seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita..
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta kepada manusia, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali....

DIA mahu kita menjahit kembali tikar keimanan kita kepadaNYA yang semakin lama semakin terkoyak....
Mengapa masih ragu-ragu..?!!!

Cintailah DIA nescaya DIA akan mencintaimu....Cari lah RedhaNYA,,.gapailah CintaNYA..

"kekuatan usah ditunggu, tapi harus dicari..."

Hargailah diatas kesempatan yang ALLAH berikan...

Kata Imam Al-Ghazali..
"sebesar-besar dosa yang dilakukan adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.."


Indahnya CintaMU YA RABBANA.....


Ukhtie...
aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan, dari melihatmu gembira dalam kelalaian...

Ukhtie..
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana mencari keredhaan TUHAN dari melihat tawamu dalam kejahilan...

ukhtie..
aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan..

Jangan lupa ukhtiku sayang....

Muliamu bukan pada pangkat, harta,dan  rupa, tetapi kerana islam yang menjadikan pakaianmu dalam berjihad..
subhanallah..indahnya islam mengajar kita....

Hasbunallah wani'malwakil.." cukuplah ALLAH  bagiku dan DIA adalah sebaik-baik pelindung:".
cinta ILAHI kekal Abadi....
 ~sekadar renungan bersama..~(*_*)

Wednesday, July 6, 2011

☆彡TAHAJJUD CINTAKU ☆彡


“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”

Allah berfirman :-
“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.”

“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”

Allah berfirman :-
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”

Allah berfirman :-
“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.”

“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”

Allah berfirman :-
“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”

Allah berfirman :-
“ Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.”

“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”

Allah berfirman :-
“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.”

“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”

Allah berfirman :-
“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.”

“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”

Allah berfirman :-
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.”

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.
Terima kasih Allah.



Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.

Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Terima kasih ya Allah!

Allah berfirman :-
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Monday, July 4, 2011

~~Mujahidah S.O.L.E.H.A.H...~~

   Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

~~D.U.H.A.I W.A.N.I.T.A.~~


Duhai Wanita...
Andai hidup tidak dihadiri lelaki..tak bererti diri tak diingini..
Usah bimbang kerana cinta ALLAH itu pasti..
ALLAH memelihara HATI dan JIWA drpd dikecewakan dan didatangi penyakit RIAK..
Wanita yg sering menjadi dambaan lelaki adalah wanita yg longgar jagaannya oleh ALLAH..
ataupun ALLAH sedang menguji dgn penyakit HATI..
dekatkan diri pada ILAHI..
pasti CINTA SEJATI kau temui..
Usah berharap CINTA INSAN yg kau sendiri tak pasti..
DIAMkan lelaki yg kau sukai..
berDOA pada ILAHI..
INSYA-ALLAH..kau pasti dicari..
JAGAlah ALLAH..
pasti ALLAH menJAGAmu.

~Pesanan Imam Al- Ghazali (supaya tidak bersifat sombong dan bongkak) :~

1) Jika  berjumpa kanak2,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum banyak melakukan dosa.

 2) Apabila bertemu dengan orang tua,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka sudah lama beribadat.

 3) Jika berjumpa dengan org alim,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka banyak ilmu yg telah mereka pelajari dan ketahui.

 4) Apabila melihat org jahil,anggaplah mereka lebih mulia drpd kita kerana mereka membuat dosa dlm kejahilan,manakala kita membuat dosa dlm keadaan kita tahu.

 5) Jika kita melihat org jahat,jgn anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akn insaf dan bertaubat ats kesalahannya.

 6) Apabila bertemu dengan org kafir,katakan di dalam hati bhw mungkin pd suatu hari nanti mereka akn diberi hidayah oleh Allah dan akn memeluk islam,maka segala dosa mereka akn diampuni oleh Allah.

 ~wallahua'lam~

Saturday, July 2, 2011

~Buatmu wahai mujahidah solehah~

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

******CANTIKNYA seorang MUSLIMAH******

♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥
...

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

♥ Aku bangga menjadi Muslimah
Disaat yg lain bangga menjadi wanita Modern.

♥ Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada
Disaat yg lain bangga mengikuti trend zaman kini..,

♥ Aku bangga menjadi pengurus kerohanian islam
Disaat yg lain lena,

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥
  kata seorang teman..
"mengapa pakai menutup aurat..? stoking dipakai mcm org baru lepas bersalin.."
Subhanallah..~moga diberikan petunjuk dan hidayah kepadanya~

♥ Aku tak peduLi dgn anggapan orang,
Krna aku tahu apa yg laKukan,

♥ Awalnya aku tidak perCaya diri….
Dengan pakaian yg tertUtup rapi….
Teman ~ teman berKata aku tdk trendy…..
Tapi Abi berKata aku Cantik begitUpun Ummi…..

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ Wahai KaWan yg bermimpi sanjUngan……
CantiK buKanLah buKa ~ buKaan….
CantiK bUkan s’lalu berdandan….
Dan Cantik bUkan berarti seOrang pUjaan….

♥ KuULurKan jiLbabku hingga teraSa damai HatiKu…..
KuLonggarKan pakaianKu sehingga tertUtup bentUk tUbuhku…..
kULaKukan itu semUa demi CintaKu pada Rabbi-Ku….
Dan kuberbiSik daLam hatiKu, s’mOga engKau bahagia meLihatKu….

♥ Andai semUa org memahami…
CantiK Lahir bUkanLah Ukuran…..
Tapi Cantik hati memiKat semUa Orang….
Dan terUtama bUdi peKerti seperti yg RasuL ContOhkan…..

maKa SaudariQ PeliharaLah AURAT........

♥ Aurat Tdk akn tertutup dengan berperangai yang BAIK,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT,
♥ Aurat tdk akn tertutup dengan kata ~ kata yg BAIK,
♥ tetapi hanya akn tertutp dengan PAKAIAN yg SEMPURNA,

♥ ~ Mudah - Mudahan AKHLAK dibalik pakaian itu lebih INDAH dari pada
pakaiannya" Aamiin.....! ♥

♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥`*•.¸¸.•*♥♥

♥ ~ (^_~) ♥nasihat utk dri sndri jgk..huhu

♥ SaLam Santun, Ukhuwah Fillah.....:)

☆彡 SYAITAN MENGEJUTNYA UNTUK SOLAT ☆彡

Assalamualaikum wbt

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...




Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun subuh walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Kadir.


Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

“Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci pada orang yang solat?”


“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh,” jawab syaitan.


Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.



“Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,” kata syaitan.



Tambah syaitan itu lagi, “Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!”



PENGAJARAN: Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi dia arif juga tentang keutamaan amal.

~♥✿.¸¸.•´✿◕ CHANTEQNYA LELAKI & HEBATNYA WANITA ~♥✿.¸¸.•´✿◕



Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki??
Inilah Ciri-Cirinya….
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…



Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Ciri-Ciri Wanita yang gagah adalah…
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

·٠•●♥ Jom Kita Jadi ''MAHAL'' Wahai Wanita ♥●•٠·˙



Perempuan itu Mahal
Selalunya, Orang akan marah bila harga dirinya direndah-rendahkan, betul kan?

Wujud ke sebenarnya istilah perempuan murah dan perempuan mahal ni? hmmmm..

Kerapkali kita dengar wanita sering dianologikan sebagai barang yang MAHAL, contoh nya hanya cukup sekadar,
Beg Tangan.

Beg tangan yang murah, tidak begitu kemas jahitannya, tidak branded akan dilonggokkan sahaja di satu kawasan. Tapi, kadang-kadang design nya sangat menarik! Memang memikat lah.
Biasanya, kalau tengah jualan murah, orang ramai pasti akan menyerbu ke tempat beg-beg yang begitu. Duit sedikit sahaja yang dikeluarkan, puas lah jugak. Tapi, lumrah barang yang tidak ada kualiti, cepat rosak. Mungkin hanya dua tiga bulan sahaja dapat bergaya dengan beg itu, kemudian tukar baru.

Ala, murah je kan. Dah rosak beli lah baru. Bukannya rugi mana pun.

Lain pulak kisahnya dengan Beg tangan yang BERJENAMA, ekslusif akan diletak di sudut yang kemas, mungkin dirantai. Cuma orang-orang tertentu/terpilih sahaja yang boleh mendekati dan cuba membeli. Nak cuba-cuba sentuh pun belum tentu lagi sebab ada pengawal yang menjaga. Kadang-kadang juga, saya perhatikan design nya tidak lah cantik mana. Tapi, disebabkan branded, orang dah tak kesah. Asalkan kualiti nya terjamin. InsyaAllah, tak cepat rosak, kalau rosak pun, tak sampai hati nak buang. Benda mahal katakan.

Anologi yang begitu simple. Tapi mendalam maksud tersiratnya. Faham maksud saya? Mudah.



Pernah seorang sahabat  berkata bgini kpda ana, "Mereka tidak sedar ‘mahal’ yang tersirat di sebalik kejadian wanita. Pada mereka, ‘mahal’ itu didapati apabila membuka dan menonjolkan segala indah susuk tubuh. Walhal, mahalnya didapati dalam diri seorang perempuan apabila tubuhnya dijaga, tiada tangan2 kasar yang memetik kelopak indah mereka. Mahalnya wanita ditemui dalam keindahan yang disimpan rapi-tak semua bisa menyentuhnya! Tapi mereka buta kerana dunia, buta dengan ganjaran syurga dan celik untuk harta yang fana."

Selepas kita menilai, cuma diri kita yang boleh decide adakah kita mahu menghakimi atau tidak.
Boleh saja nilaian itu tinggal sekadar nilaian. Tidak perlu berfikir lebih untuk JUDGE.

Bagi saya, orang hebat tidak sekadar menilai. Malah Berusaha untuk menghakimi serasional yang mungkin dan bertindak balas ke atas penghakiman yang telah dibuat.
Mungkin membetulkan perkara yang jelas salah. Mempositifkan perkara yang tampak negatif.
Membaiki situasi yang ada tertampung cela.

Menilai itu hak diri kita. Menghakimi itu juga hak. Namun, hak orang lain juga perlu untuk diberatkan ketika menghakimi.

Saya sangat TerTARIK dengan kata-kata ini,


Setiap orang mempunyai harga diri yang menggambarkan nilai seseorang.
Setiap orang menilai dirinya dan orang lain sesuai dengan
pemahamannya tentang HARGA buat dirinya.


Apa yang saya faham tentang harga diri, itulah yang akan saya nilai kan. Ilmu itu juga yang membezakan tahap nilaian seseorang :)

Ada juga yang berpendapat wanita yang murah itu hanya apabila dia sanggup menggadaikan maruah dirinya demi insan yang dicintai.
Juga ada yang merasakan wanita itu tampak mahal bila mengenakan jumlah hantaran yang tinggi.


jadi, orang yang beza pendefinisian nya tentang
harga diri tu ilmu dia kurang? Begitu maksud awak?

Tidak. Jangan salah erti maksud saya. Saya analogikan begini.



Ada yang merasakan da'wah melalui hiburan itu melalaikan. Tidak punya wawasan dan objektif yang jelas. Hanya sekadar menumpang nama da'wah. Juga akan melahirkan da'ei yang asyik leka dengan dunia.
Ada juga pihak yang sangat bersetuju arena da'wah diwarna-warnikan dengan elemen hiburan. Supaya dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Satu usaha yang sangat murni.

Jadi, dapatkah terus disimpulkan mereka dari mana-mana golongan pertama mahupun golongan kedua itu kurang ilmunya?

Itulah apa yang saya cuba maksudkan. Kefahaman tentang ilmu itu yang menghasilkan buah fikiran berbeza.

Hati itu raja. Walaupun tiada siapa nampak bagaimana keadaan hati kita, semudah itu kah untuk kita mengatakan hati kita bersih?
Membuat maksiat terang-terangan. Mendedahkan sana-sini. Mencela sesuka hati.
Adakah sesuai untuk menuturkan,
'Allah tak pandang la keje apa pun yang aku buat, asalkan hati baik, cukup'.
Bukan kah segala tindakan yang kita zahirkan itu refleks hati kita bagaimana?
wallahua'lam.

Ya, namun paling penting sekali adalah penghakiman Allah terhadap diri kita.
Biarlah kita dipandang hina di dunia, asalkan terindah di mata Allah.
Biarlah buruk di pandangan manusia, asalkan cun di mata Allah. :)
Harus juga diingat, menjadi special di sisi Allah itu tidak mudah. Mukhlisin insyaAllah!


My honour is my life. Both grow in one.

Take honour from me, and my life is done.

-william shakespear-

Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain. Ayuh!

Sekadar memperingati untuk diri sendiri dan sahabt2..
Moga Perkongsian ini mndapat manfaat dan diredhai ALLAH swt, Amin.
Wallahua'lam..

░C░O░U░P░L░E░░I░T░U░░Z░I░N░A░?░?░


Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang
ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?



Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.



Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka..

~Mari BerDzikir 99 Asmaul Husna ~Ayuh!!

ketika tangan dan kaki berbicara

~C!Nta IL@H! KeK@L AB@D!..~

Friday, July 1, 2011

~..... Mengemis Kasih ILAHI.....~

  • Tempat
             Ibarat badan manusia, mendengar adalah sifat bagi telinga, melihat sifat bagi mata dan sebagainya. Begitulah juga hati, sifatnya adalah selalu dalam mood  bercinta. Oleh sebab itu, hati ialah lautan cinta. tahanlah hati anda daripada bercinta, nescaya cinta pasti akan berjaya menembusi hati anda dari tertahan. Jadi, sebelum hati benar-benar berpaut dengan cinta dunia, pautkan hati dengan cinta ilahi terlebih dahulu.

  • Sebab
             Manusia biasanya jatuh cinta disebabkan dua perkara. Pertama disebabkan zat atau fizikal dan kedua sifat sesuatu yang dicintai. Bagaimana pula dengan Allah? Walaupun zat Allah tidak terjangkau oleh pancaindera atau akal fikiran, namun sifat-sifat yang dimiliki-Nya dan atas sebab segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya menyebabkan Dia memang layak dicintai.

  • Gembira
            Cinta biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang manis dan menggembirakan hingga lautan bara api musibah sanggup diredah, ibadah yang bagi golongan kuffar pahit terasa manis dan ringan sungguh hati meninggalkan maksiat. Bukan itu sahaja, malah nama Allah akan selalu dsebut-sebut(zikir).

  • Ibarat ikan dilaut
           Orang yang betul-betul mencintai Allah tidak mampu "dimasinkan oleh kemasinan air laut", Walaupun bisikan syaitan membisik merdu di cuping telinga atau walau dunia datang dalam rupa terhias indah, dia mampu membutakan mata, memekakkan telinga dan buat-buat lupa ingatan dek kasih dan cinta pada Allah. Walaupun kehidupan seharian seolah-olah dia terperangkap bagi memenuhi keperluan hidup, namun segala yang dilakukannya itu hanya demi untuk menggapai redah Allah.

  • Mecintai apa yang Dicintai-Nya
           Turut mencintai orang yang dicintai oleh Allah, perkara atau amalan yang dicintai-Nya. Sebaliknya juga, dia akan membenci apa-apa sahaja yang dibenci Allah.

  • Tenang
            Hati yang benar-benar cintakan Allah pasti akan merasakan ketenangan yang susah digambarkan dengan kata-kata.

  • Serba salah
            Seorang hamba yang sangat mencintai Allah pasti akan timbul rasa serba salah dalam hatinya. Saat hatinya menghadap Allah, dia rasa terlalu hina dan kerdil sehingga berasa tidak layak meminta apa-apa pun daripada Allah. Namun apabila difikirkan bahawa Allah itu maha Berkuasa, Pemberi dan Pengampun, maka hatinya tidak dapat ditahan daripada meminta-minta dan terus berharap.

  • Terus Mencari dan Menanti
           Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah, tidak pernah berasa bahawa dia seorang hamba yang telah menemui cinta-Nya. Dia akan terus "berjaga" demi cinta kepada kekasihnya dan akan setia menunggu "Pintu" terbuka. Alhasil, dia berkata, " Aku masih berusaha mencari cinta Allah." Ini juga akan menjadikannya seorang yang tidak pernah duduk diam melainkan masanya diisi dengan melakukan ketaatan kepada-Nya. Ahli tasawuf juga ada menyebut, sesiapa yang mengalihkan perhatiannya daripada cinta kepada Allah walau sekelip mata, maka dia tidak akan sampai kepada matlamatnya mencintai Allah.

  • Hanya Satu
           Ruang yang ada dalam hati hanya diperuntukkan untuk Allah sepenuhnya.

  • Matlamat Utama
           Tujuan teragung mencintai Allah adalah untuk menatap wajahnya di akhirat kelak. Seluruh hidupnya ditumpukan untuk mencintai-Nya. Hatinya menolak segala yang dapat menariknya daripada menggapai matlamat agung ini.

  • Berkorban
          Orang yang hatinya dipenuhi rasa kecintaan yang mendalam terhadap Allah akan sanggup mengorbankan segala-galanya demi Allah. Antara perkara yang paling layak dikorbankan ialah kelazatan dunia...