Wednesday, February 1, 2012

Damba C!Nt@ MU.....


♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪


❤¸¸.•» Aku impikan diriku

yang sentiasa ghairah bertasbih

mengadu rindu padaNYA

mengasihiNYA sepenuh jiwa raga

mencintaiNYA sekuat hati


❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata

akibat rindunya aku pada penciptaku

akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat

akibat segannya aku kerana sering menipu

kecintaanku padaNYA


❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya

pabila nama tuhanku disebut

jantungku berdegup kencang

bila disebut azabNYA

tetapi tenang semula

bila dicerita kasih sayangNYA


❤¸¸.•» Aku impikan diriku

yang setiap detik mengingatiNYA

akan nikmatnya yang tidak terhingga

kerana aku tiada apa-apa

dialah yang MAHA PEMBERI


❤¸¸.•» Aku impikan diriku

yang sentiasa bertawakal padaNYA

yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku

maha suci dari menzalimiku

kerana DIA penciptaku

yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif

seperti aku..


♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪