Friday, January 23, 2015

:: L@KSA LEM@K sI@M::

Allahumma solli'ala Saiyidina Muhammad...
Salam Jumaat Mubarakah Saiyiddul Ayyam...

Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan dan ruang untuk bernafas dibumi Allah yang maha luas ini...dah dua hari demam selesema..sakit kepala+ sakit tekak..dah lama tak rasa kesakitan demam..Alhamdulillah, sakit ni adalah kafarah dosa..banyak dosa..huuuuuu...sampai ja kat kampung, terus demam..demam rindu dengan suasana kampung...damai n tenang sangat bila berada kat kampung..suka sangat duk kat kampung..demam-demam pun sempat jgk pagi tadi jalan sekitar bukit yang tersangat indah...ku gagahkan jua diri ini melangkah demi menikmati indahnya ciptaan ILAHI..Subhanallah..indahnya ciptaanMU.."Ku lihat hijau..sesejuk mata memandang, begitu jualah damainya hati ini...
tadaaaaa.......^_^



ok, selalunya dalam entry2x yang lepas suka sharing cerita, tapi hari ni nak bawak kelainan cikit..nak sharing resipi..chewaahhh!! hari ni nak sharing resipi orang demam..rasa tingtong sikit nak menulis ni..pening2x, harap faham la naaa resipi ni..demam2x makan laksa..memang bertambah demam la jawabnya..hehe..Alhamdulillah masih diberikan kekuatan utk gagah membuat laksa..
~Laksa Lemak Siam~ First Trial..sebelum ni tak pernah buat, tapi atas permintaan sepupu yang teringin sangat nak makan laksa lemak siam, so try ja buat..mentang2x la ana ni duduk kat sempadan thailand (Bukit Kayu Hitam), laksa lemak siam jugak yang dia nak makan..layan kan jer..hehe..resipi tgk kt En.google, tapi selebihnya hentam je..ikut instinct..^_^

~Laksa Lemak Siam~

Bahan-bahan

  • 1 paket laksa halus (rebus & toskan) 
  • 1kg Ikan temenung(versi utara)@ ikan kembung/ ikan sardin (kalau buh ikan banyak.lagi sedap)
  • Santan ( tadi beli RM 2 ringgit..so agak-agak la na ..ikut instinct)
  • 3-4 helai daun limau purut (potong jangan halus sangat ya..)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi
* bahan2x dibawah ni men agak-agak ja nak buh banyak mana..slalu klu masak ikut instinct..sooooo.blasah ja..yang penting rasanya sesedap rasa..sesuka hati..hehe
  • cili kering 
  • kunyit hidup 
  • lengkuas
  • serai
  • halia
  • bunga kantan
  • daun kesom..(kalau org utara panggil daun kesom, klu orang luaq xtau panggil apa..) cuma nak bagi wangi ja daun ni...senang crita daun orang buh dalam laksa..hehe
*untuk ulam-ulaman nya pula

  • kacang panjang=potong nipis
  • taugeh
  • Timun
  • asam limau
*untuk sambal pula.... ni pun resipi hentam jgk..yang penting jadi..hehe
  • cili kering sesuka hati
  • belacan
  • garam
  • gula cikit
Cara membuatnya:

mula-mula kita blend isi ikan..lepas tu blend tulang ikan..tulang ikan ni kena tapis ya..kalau tak tapis abis la tercekik tulang ikan org yang makan nanti..pastu masukkan bahan yang diblend ke dalam periuk..blend lengkuas+ halia+Serai+ kunyit..blend cili kering..masukkan juga dalam periuk tadi..masukkan air..ok letakkan atas api, biar mendidih.. lepas tu masukkan santan, garam, hilal ( hilal ni perasa tambahan ganti ajinamoto..setiap kali masak memang tak suka letak ajinomoto..sebab tak elok untuk kesihatan)..masukkan asam keping ikut sesedap rasa...klu nk masam, masukkan dlm 3-4 keping...masukkan daun kesom +daun limau purut+ bunga kantan... Masak dengan api sederhana hingga mendidih. jangn lupa lepas masukkan santan kena slalu kacau kuah tadi.. bila agak2 kuah dah agak pekat seperti yang kita nak, bolehlah tutup api. Makanlah dengan ulam-ulam tadi...Senangkan cara nak buat....so u must try it!!!!
bukan pandai sangat masak memasak ni..tapi suka memasak..hehe...kalau setakat nak makan2x utk family,insyAllah lulus dah..kuikui..
Tadaaaaaaaaa...dah siap utk dimakan....





* tiba-tiba dalam pic ada bawang.+ada daun pucuk jaggus,....dalam resipi tadi xdak kan..sebenarnya tadi terlupa nak beli taugeh dan kacang panjang..soooo apa yang ada kat rumah, kita masukkan ja
..hehe..ni namanya resipi hentaman..hentam aja sesuka hati dan sesedap rasa..

*sedikit tips..insyAllah kalau kita nak masakan kita tu rasa sedap dan enak untuk dimakan, jangan lupa masukkan perasa tambahan seperti zikir dan berselawat..sambil masak sambil dapat pahala..masak dengan kasih sayang tau..!! insyAllah kita akan rasa satu kepuasan bilaman orang lain memakannya..ehem3x!! untuk wanita-wanita solehah diluar sana...xpecially yang dah kawin..nanti, bila nak masak untuk suami, jangan lupa ya masukkan perasa tambahan ni..hehe..insyAllah bahagia rumah tangga..mawaddah warahmah ...^_^

ok, setakat ni saja perkongsian pada kali ini..memandangkan diri dah pening2x, tingtong, mata berair sebab panas dalam badan, demam si katak ijau..hehe..ana undur diri dulu ya...moga bermanfaat..wallahua'lam...

Tuesday, January 13, 2015

#Mens ARe FrOM M@Rs, WoMeN @RE FrOM VeNuS#

Allahumma Sollia'ala Saiyidina Muhammad..

~Zauji Vs Zaujah....Suami VS Isteri....Lelaki VS Wanita.... ~



*Zauji VS Zaujah==> Lelaki Vs Wanita.....Allahuakhbar...makhluk ciptaan ALLAH yang hebat..

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Sedikit perkongsian bersama mengenai buku yang di baca.." Mens are from mars, women are from venus..sangat menarik pengisian buku ini..buku versi Bahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Adlie syamsudin..sangat sesuai dibaca bagi wanita @ Lelaki yang ingin berumah tangga mahupun yang sudah berumah tangga atau yang mahu memperbaiki hubungan bersama pasangan nya..buku motivasi yang banyak memberikan inspirasi pada diri ini dan memberikan  kekuatan dalam mencari erti kebahagian yang sebenar yakni "pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul"..buku ini juga menyuntik semangat pada diri ini untuk lebih memahami mengenai insan yang bernama LELAKI..dan wanita..(Diri sendiri...^_^ )..
Terlalu banyak hendak dikongsikan bersama...tapi takpa..juz nk sharing secara ringkasnya...kalau nak tau lebih details mengenai buku ni, WAJIB baca..bez sangat perkongsiannya..

"Mens" from mars, "women" fromVenus, dua makhluk ciptaan Allah yang sangat hebat, dan diumpakan seperti datang dari planet yang berbeza,mars dan venus yakni lelaki dan wanita ni sifat dan keperibadiannya tidak sama..berbeza..wanita ni ala2x manja gitu, sweet,tapi  lelaki manja jgk sebenarnya, tapi nak serlahkan ke'macho'an tu, kena la tunjuk lelaki ni gagah perkasa..ala2x macam hero hindustan ..bilamana kita bicara mengenai lelaki ni, of course first Impression kita mengenai lelaki ni adalah terkenal dengan sifat ego..ya EGO....semua lelaki ada egonya sendiri..tapi sejauh mana dia nak menguruskan keegoan yang bertapak didalam diri..andai keegoan dipagari IMAN dalam diri, insyAllah, kebahagiaan lah yang akan dikecapi...ok, .lelaki ni sebenarnya seorang yang simple je..bilamana menghadapi masalah, dia tak suka bila wanita ni bagi nasihat tanpa diminta, bebel2x tak tentu hala, yang dia mahukan daripada seorang isteri adalah keyakinan dan kepercayaan dalam menyelesaikan masalah tersebut..betul ke?? (Buku ni ckp mcm tu)...insyAllah nanti zauji akan menjawab segala persoalan ni..hehe..

Makesure sebelum "Aku Terima Nikahnya" kena khatam bab ilmu rumah tangga ni..(Pesananan utk diri sendiri..)Wanita pula  kena lah jadi seorang isteri yang solehah, yang sentiasa ada dikala jatuh bangun seorang suami..insyAllah, nak jadi mcm Saidatina Khadijah , srikandi islam yang sejati yang sanggup susah senang bersama suami demi menegakkan Islam yang tercinta... nak jadi sayap kiri perjuangan zauji..nak jadi penyejuk mata zauji...terlalu banyak sangat harapan dan impian especially dalam menegakkan agamaNYA..semoga Allah permudahkan dan membuka jalan agar sentiasa Istiqomah dlm perjuangan ini..ok back to topik kita tadi..tiba-tiba buku ni cakap lelaki ni ada "gua" yang tersendiri..gua tempurung ke..? gua niah..? gua batu kapur? hehe..ok maksudnya, lelaki ni kadangkala dia perlukan masa untuk diri dia sendiri..untuk muhasabah diri..dan bilamana dia ada masalah, dia perlu masuk dalam 'gua' dia sendiri..dan wanita pula jangan lah salah tafsir mengenai lelaki ni..nanti mula la fikir yang negatif-negatif..fikir yang lelaki ni dah tak sayangkan dirinya sebab wat tak tahu je kat dia...ada orang lain..ha, mula la nak cari gaduh..Don't..don't..jangan macam tu..lelaki memang macam tu sifatnya..nanti bila dah ok, dia akan kembali normal macam biasa balik..dia cuma perlukan ruang dan masa untuk diri dia..isteri pula jangan la terlalu mendesak suami ya..kesian suami nanti..pening kepala suami dapat isteri banyak karenah+ degil..(^_^)

ok, kita stop bercerita pasal lelaki..kita bercerita pasal wanita pula ya..kalau nak ikutkan memang banyak nak dikongsikan bersama..kalau nak tau lebih details kena baca buku ni..kalau kita cakap pasal bab wanita ni, perkara pertama yang kita akan cakap mengenai wanita ni adalah terkenal dengan ciri-ciri  sifat lemah lembutnya..malunya, keayuannya, kesopanannya, dan..+++....wanita ni manja..kadangkala macam kebudak-budakkan..banyak karenah...bila mana tadi kita cakap mengenai lelaki ada 'gua' yang tersendiri, wanita pula ada 'ombak'.... ombak rindu + tsunami..hehe.wanita ni emosional cikit..perasaan dia boleh berubah-rubah mengikut keadaan semasa..bila time uzur, memang tsunami la dibuatnya..bilamana dia ada masalah, dia suka bercerita pada kekasih halal nya..pesanan untuk para zauji2x diluar sana, bila si isteri bercerita sesuatu, jadilah seorang pendengar yang setia ya..jadilah seperti Rasulullah s.a.w, yang sentiasa menjadi pendengar yang setia pada isterinya..sentiasa melayan karenah isterinya..dan tak pernah sesekali baginda meninggikan suara kepada isterinya..hebat kan akhlak Rasulullah pada isterinya.....dan, seandainya si suami letih dan tak dapat nak mendengar luahan hati isteri, bagitau dengan cara yang baik, sopan agar tidak menyinggung perasaan isteri..barulah bahagia rumah tangga..(^_^).. wanita ni sifatnya memang suka sangat bercerita..insyAllah saling melengkapi antara satu sama lain..indah sangat aturan ALLAH...


Firman Allah Dalam Surah Ar-Rum ayat 21

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..


Bumi mana yang tidak ditimpakan hujan, dan lauatan mana yang tidak bergelora, begitu jualah kehidupan alam rumah tangga ni...ada pasang surutnya...bila ada berlaku pertengkaran dengan pasangan, cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikan sebaik yang mungkin..marah adalah daripada syaitan..setiap manusia ada sifat marahnya..tapi sejauh mana kita nak control rasa marah kita tu..Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Jika salah seorang kalian marah dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah duduk. Jika masih belum reda marahnya, maka hendaklah berbaring.( Hadis Riwayat Ahmad )..seandainya kita bertengkar diruang tamu, maka jangan menyelesaikan masalah diruang tamu kerana cas2x negatif telah terbebas diruang tamu, maka selesaikan lah di tempat lain.. barulah kita dapat menarik cas yang positif dan dapat menyelesaikan masalah kita..tak perlu mencari pasangan yang terlalu sempurna kerana hakikatnya penciptaan manusia adalah diciptakan tidak sempurna..saling melengkapi itulah yang dinamakan kesempurnaan..

Apa yang paling penting dalam pembentukan Baitul Muslim adalah Redha Allah..inilah matlamat utama sesebuah rumah tangga yang mawaddah warahmah...last but not least..sebelum mengakhiri perkongsian ni, sedikit tips utk lelaki dan wanita..insyAllah masing2x kena saling memahami antara satu sama lain, barulah kebahagian yang hakiki dapat dikecapi...

Wanita==> Keperluan emosi wanita ni adalah dia slalu nakkan perhatian, pemahaman, berasa dihormati, belaian, dan diberi keyakinan..

Lelaki==> lelaki slalu mahukan kepercayaan, penerimaan, berasa dihargai oleh pasangan, dikagumi, tindakan mereka betul dan diberi galakan..


Wallahu'alam..sekadar sedikit perkongsian bersama..yang baik datangnya daripada Allah, dan yang serba kekurangan datangnya dari insan yang kerdil ini..maaf andai ada kekurangan dalam penyampaian..














Monday, January 12, 2015

Janji Allah Kepada mereka yang ingin berkahwin....


~Allahumma Sollia'la Saiyidina Muhammad..
 * Copy Paste..sekadar perkongsian bersama..^_^

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.