Saturday, August 9, 2014

:: Tinta Hati seorang SAHABAT::



Sahabat..
Maafkan diri ini,
Dalam kelam ku tercari-cari cahaya,
Akhirnya ku temui sinar cahaya cintaNYA..
Ku teguhkan hati ini hanya padaNYA..

Sahabat,
Maafkan diri ini..
Bukan niatku menyepikan diri,
Tapi aku perlu muhasabah diri,
Agar keikhlasan ini lahir dari hati..

Sahabat,
Maafkan diri ini..
Aku lemah mangharungi fatamorgana dunia
Dunia yang penuh pancaroba..
Hanyut dalam dunia yang fana..
Lautan jua ada pasang surutnya
Begitu jua lah iman kita..
Ada naik ada turunnya..
Terkadang tersungkur mendaki langit dunia,
Terkadang terjatuh ke lembah yang hina..


Sahabat..
Maafkan diri ini,
Tak pernah terdetik dihati membencimu..
Berilah daku ruang dan kesempatan waktu..
Memperbaiki segala kesilapan diri,
Adakalanya Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu terkadang payah,
Adakalanya Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu terkadang susah,
Adakalanya Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju nokhtah itu pastinya mendatangkan lelah..
Namun..
DIA amat memahaminya,
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
Namun memadailah jika manusia melakukan yang terbaik demi menggapai syurga dan cintaNYA..
Hebatnya DIA..

Sahabat,
Maafkan diri ini..
Andainya alam ini mampu berkata-kata..
Pastilah pujian buat dirimu.
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu..

Sahabat
Maafkan diri ini,
ku bersyukur kerna mengenali dirimu..
Ku harap moga kitakan bersama..
Harungi segala suka duka..
Moga kejayaan milik kita..
Demi menggapai syurga dan cintaNYA...
                                         
Sahabat..
Maafkan diri ini..
Ketahuilah olehmu sahabat..
Sepiku bukan bererti melupakanmu,
Namun mendoakanmu adalah yang terbaik untukku..
InsyAllah sahabat..
Andai suatu masa Allah mengizinkan diri ini kembali menjadi sahabatmu,
ku berharap agar ikatan ini kembali seperti dulu..

Sahabat..
Maafkan diri ini..
Aku menyayangimu sahabat..
Sama seperti sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini..
Ukhwah yang terbina antara kita,
Persis untaian tasbih,
Ada awal tiada penghujungnya,
Dibentuk untuk mengingatiNYA,
Dicantum kerana cintaNYA,
Diratib kerana RedhaNYA,
Menitis airmata tatkala merasai kemanisannya...

Maafkan daku selama bergelar sahabatmu...
Ya Muhaimin..sesungguhnya..solatku..ibadahku..hidupku dan matiku hanyalah padaMU Ya Allah..






Thursday, August 7, 2014

*♥..Layakkah aku menjadi Bidadari Syurga...*♥




Ya Rabbana..satu kekurangan ENGKAU berikan, seribu kelebihan ENGKAU titipkan..bantulah aku dalam menghadapi kekurangan ini...

Bila ALLAH datangkan UJIAN, Itu bukan satu BEBANAN Kita mesti boleh BERTAHAN..Ada HIKMAH di sebalik UJIAN..Bila ALLAH datangkan UJIAN, Pujuklah HATI pujuklah IMAN…Setiap PENGORBANAN ada, KEBERHASILAN..bila ada luka maka tersenyumlah..bila ada duka maka bersabarlah…kerana air mata tak abadi, ia nya akan hilang dan berganti…bilamana hidup hampa dirasa, mungkinkah hati merindui kan DIA..kerana dengan mengingatiNYA, hati kan kembali tenang..damai jiwa dan lara.. >percayalah,Allah s.w.t. Maha Mendengar.. :')

Ya Rabbana..Jika RINDU ini bertahta,biarlah hanya untuk-MU Ya ALLAH,Andai RINDU ini menarik resah, kepadaMU ku pasrah..Andai penCARIan ini masih belum kutemui,damaikanlah HATI ku ini…Biarlah RESAH menarik SEPIBiarlah KECEWA meratap pergi,..Biarlah KASIH mengikat DIRI..Ya MUHAIMIN kepadaMU aku mengadu HATI…seriikanlah taman HATI bukan pada fikiranku tapi pada redhaMU..Ameen Ya Rabb.

Ya Allah, jauhilah aku dari CINTA panahan syaitan, berikanlah CINTAKU ini kepada seseorang yang sangat mencintai-Mu Lapangkanlah hatiku ini dengan CINTA-Mu yang sejati Sekiranya dia bukan Kau ciptakan buatku, maka Kau jauhkanlah dia dari pandanganku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus bercinta dengan-Mu


Firman ALLAH s.w.t :
"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali DIA. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. DIA berikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Yunus:107)
Layakkah aku menjadi bidadari syurga...??? ALLAHUROBBI..maafkan diri ini andai selama ini jauh dari-MU Ya ALLAH..
Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Allahumma Ameennn….



Sunday, August 3, 2014

:: Bisikan Nurani::



Assalamualaikum w.b.t..Allahumma Solli'ala Saiyidina Muhammad...

Ku biar kalam berbicara..menghurai maksudnya dijiwa..agar mudah ku mengerti segala yg terjadi adalah suratan ILAHI..kubiarkan pena menulis, meluahkan hasrat dihati..moga terubat segala keresahan dijiwa..Ya Allah..tunjukkan aku jalan untukku menempuhi segala dugaan ini...Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang ku lakukan, ku mencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada ku yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah aku hidayahMu, temanilah akal ini agar aku sentiasa berada atas jalan yang ENGKAU redhai,,

Bilamana engkau memandang segalanya dari Tuhan Mu,yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginan mu terhalang,serta menyusahkan hidupmu, yang membuatkan dirimu kecewa, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itu lah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan NYA..yakin lah wahai diri bahawa DIA mahu kau menjahit kembali sejadah IMAN yang sekian lama terkoyak disamping ada langkah-langkah yang tersasar dari JalanNYA..

YA RABB..dalam membuat pertimbangan, pandulah hatiku dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama aku mencari punca cahayaMu, dekatkanlah aku kepada cahayaMu, terangilah jalan ini dengan petunjukMu..Ya Allah, ENGKAU lah sebaik-baik penolong maka bantulah diriku ini..

Disaat gembira terselit duka.. Disaat bahgia terselit derita.. Ujian diberi terselit hikmahNya.. Mengikut batas kemampuan hambaNya.. Taktala keluhan terluah, tangisan terlepas, membuat diri rebah tidak berdaya.. Bangunlah.. Bangunlah kerana DIA.. Bersama DIA..untuk DIA.. Kerana DIA maha segalanya..

Hiduplah wahai jiwa..hidup untuk TuhanMU, bukan untuk manusia..bergetarlah wahai hati dengan kalimah suci penciptaMU, bukan kalimah manusia yang sering berdusta..engkau belum dijamin masuk syurga..belum dijamin masuk neraka..syurga dan neraka itu bukan sebanyakmana amalan yang kau lakukan, tp seikhlas mana penghambaanmu kpd tuhanMU..wahai jiwa yang tenang..bangkitlah dari lamunan dan angan-angan yang menghiris jiwa..Ya rabb..hinanya aku dihadapanMU...Bagaimanakah nantin tika berhadapan dengan-Mu...Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini...Ya Allah Kau Maha Pengampun...Di bayangan mentari aku kealpaan, Dusta dunia penuh kepura-puraan...Di kala dini hari aku kepasrahan Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan..Andainya dihitung amalanku..Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu..Oh Tuhan Yang Maha Pemurah Hindari diriku dari siksa-MU..Kasih sayang-Mu Tuhan, Itu yang ku dambakan Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..
kuatlah demiNYA..gapailah cintaNYA...