Nama diberi Afidatul Asni Bt Shaari..Mencari2 cinta sejati,
Sekian lama baru kutemui,
Hidup ini teramat bererti,
Bila cnta padaMU ya Rabbi..
~indahnya cintaMU~
~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~
Jika benar cinta itu kerana ALLAH,Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH,Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,serahkan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki-NYA,biarkan DIA yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari ilmu.. jika mereka sibuk mencari pasanagn, biar kita sibuk mencari keredhaan Tuhan..jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biar kita menangis mengenang timbunan dosa-dosa..jika yang mereka damba hanya cinta manusia, biar kita dahulukan cinta padaNYA.....Indahnya cintaMU YA RABBANA..
~ayat-ayat cinta~
bila engkau memandang segalanya dari Tuhan Mu,yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginan mu terhalang,serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itu lah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..
~Tasbih Cinta~
Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, kumencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada kami yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah kami hidayahMu, temanilah akal kamibila engkau memandang segalanya dari Tuhan Mu,yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginan mu terhalang,serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itu lah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..
dalam membuat pertimbangan, pandulah hati kami dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama kami mencari punca cahayaMu, dekatkanlah kami kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu..Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah kami ini.
~Demi Masa~
ya Rabb.. aku tak mengharapkan yang terbaik untuk setiap yang berlaku andai itu bukan redhaMu.aku cuma ingin bahagia dalam diduga..aku redha hatta bertimpa ujian walaupun berganda..ya Rabb hinanya aku di saat rebah luka berdarah baruku mencari arah bergantung sembah..ya Rabb..jangan biarkan airmataku menitis kerana timbunan ujianMu sedang ia mengarca jiwa membentuk rasa..jangan biar ia menitis kerana sakit dunia yang melekakan jiwa menyesakkan atma..biarkan ia menitis kerana seulas rasa seorng hamba yang berdosa...
My luvly Cat..
mizzz Tom..dalam kenangan..
~Ayuh Saudara ku sekalian Kita semarakkan persaudaraan Muslim di Dunia Maya ini
No comments:
Post a Comment