Monday, March 18, 2013

LAYAKKAH AKU?!!!!


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


walaupun jilbab labuh mencecah lantai..
sarung kaki dan tangan sentiasa tersimpan kemas..
namun layakkah diri ini digelar muslimah solehah??

walaupun purdah menyaluti wajah..
jubah indah menyarungi tubuh..
namun layakkah diri ini di gelar muslimah solehah??

walaupun serban putih menjadi mahkota..
tasbih indah melingkari jari jemari..
busana putih suci membaluti tubuh..
namun layakkah ia di gelar muslim soleh??

walaupun status muka buku sering mengajak ke arah kebaikan
mentarbiahkan orang ramai..
mengingati orang ramai...
layakkah ia di gelar muslim soleh dan muslimah solehah???

Solehnya dan solehah seseorang itu bukannya perlu di tunjuk-tunjukkan kepada orang ramai..
tetapi ianya perlu besederhana dalam menjadikan diri penuh istiqamah..


Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". Peganglah hadis ini, semoga menjadi dorongan dan pedoman serta panduan kepada kita.



orang yang mengaku diri itu cukup sempurna adalah manusia yang riak dan takbur..
sebagai manusia kita tidak lepas daripada dosa...
dan tidak salah jika kita mendidik hati kita untuk jadi yang terbaik.


duhai teman....
maafkan diriku ini ya seandainya pernah melampaui batas..

dan daku sedar..aku bukanlah dikalangan yg terbaik..

ingatlah duhai teman,..


aku tegur dirimu,tandanya syg..
bukan mahu mencari salah dan keaiban dirimu, bah kan aku sendiri pun bnyak khilaf dan dosa... tetapi daku mahu kita sama2 menggapai syurgaNYA..dan bkn mengundang kemurkaanNYA..
bukan mudah utk menuju jalan kesyurgaNYA...perlu kpd mujahadah..

dan aku sedar..


adakalanya..dirimu membenciku.. sering memarahiku...tidak meghormatiku..
tapi aku yakin dgn janjiNYA..bkn mudah utk berada dimedan dakwah ini..bnyak ujian dan cabaran yg perlu ditempuhi...Rasulullah s.a.w sendiri pun sering dihina, diketawakan malah dizalimi, tetapi baginda tetap bersabar..malah tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan..sentiasa menunjukkan akhlak yg mulia...Allahurobbi..hebatnya akhlak nabi s.a.w..


tp aku..?? sejauh mana dri ini boleh bersabar..sabar ya duhai hati..balas lah kejahatan dgn kebaikan...insyAllah, Allah mengira setiap titisan airmata yg membasahi pipi..dan hati yg sering disakiti..


adakalanya diri ini seperti sudah berputus asa..nak menjauhkan diri..dan rasa tidak sanggup lagi..tp aku takut..takut akan dipersoalkan diakhirat nanti..kenapa aku tidak membimbingnya..aku buang segala keegoan diri ini demi membawanya menuju cinta yg ESA..selama 2 tahun aku berusaha utk membimbingnya....tapi apakan daya..semuanya dtng dr yg ESA..diri yg kerdil ini hnya mampu menyampaikan dakwah,dan tidak mampu utk mengubah hatinya..


ya, aku sedar..petunjuk dan hidayah datangnya dr ALLAH..tp kita kena berusaha utk mendapatkannya..aku serahkan segalanya kpdMu YA ALLAH...sesungguhnya, ENGKAU lah yg Maha Kuasa yg memegang hati-hati ini...bantulah kami dalam mencari jalan pulang kesisiMU...


Demi masa:Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(Surah Al-Ashr.)

sekian saja coretan kali ini..dah lewat ni..klu ikutkan hati ni, bnyak sgt nk diceritakan..insyAllah, dilain waktu..sekadar perkongsian bersama..wallahu'alam..


~UTAMAKAN PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA..~

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian y indah...
    magic word..thanks kak fie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya adikku sayang..sekadar perkongsian bersama..hidup ini umpama roda..adakalanya kita diatas, dan adakalanya kita dibawah..tp kita harus sedar, apabila kita berada dibawah jgn lah berputus asa..teruskan mengingatiNYA..insyAllah, disebalik kesusahan akan disulami dgn kesenangan..^_^

      Delete