Friday, July 1, 2011

~..... Mengemis Kasih ILAHI.....~

  • Tempat
             Ibarat badan manusia, mendengar adalah sifat bagi telinga, melihat sifat bagi mata dan sebagainya. Begitulah juga hati, sifatnya adalah selalu dalam mood  bercinta. Oleh sebab itu, hati ialah lautan cinta. tahanlah hati anda daripada bercinta, nescaya cinta pasti akan berjaya menembusi hati anda dari tertahan. Jadi, sebelum hati benar-benar berpaut dengan cinta dunia, pautkan hati dengan cinta ilahi terlebih dahulu.

  • Sebab
             Manusia biasanya jatuh cinta disebabkan dua perkara. Pertama disebabkan zat atau fizikal dan kedua sifat sesuatu yang dicintai. Bagaimana pula dengan Allah? Walaupun zat Allah tidak terjangkau oleh pancaindera atau akal fikiran, namun sifat-sifat yang dimiliki-Nya dan atas sebab segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya menyebabkan Dia memang layak dicintai.

  • Gembira
            Cinta biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang manis dan menggembirakan hingga lautan bara api musibah sanggup diredah, ibadah yang bagi golongan kuffar pahit terasa manis dan ringan sungguh hati meninggalkan maksiat. Bukan itu sahaja, malah nama Allah akan selalu dsebut-sebut(zikir).

  • Ibarat ikan dilaut
           Orang yang betul-betul mencintai Allah tidak mampu "dimasinkan oleh kemasinan air laut", Walaupun bisikan syaitan membisik merdu di cuping telinga atau walau dunia datang dalam rupa terhias indah, dia mampu membutakan mata, memekakkan telinga dan buat-buat lupa ingatan dek kasih dan cinta pada Allah. Walaupun kehidupan seharian seolah-olah dia terperangkap bagi memenuhi keperluan hidup, namun segala yang dilakukannya itu hanya demi untuk menggapai redah Allah.

  • Mecintai apa yang Dicintai-Nya
           Turut mencintai orang yang dicintai oleh Allah, perkara atau amalan yang dicintai-Nya. Sebaliknya juga, dia akan membenci apa-apa sahaja yang dibenci Allah.

  • Tenang
            Hati yang benar-benar cintakan Allah pasti akan merasakan ketenangan yang susah digambarkan dengan kata-kata.

  • Serba salah
            Seorang hamba yang sangat mencintai Allah pasti akan timbul rasa serba salah dalam hatinya. Saat hatinya menghadap Allah, dia rasa terlalu hina dan kerdil sehingga berasa tidak layak meminta apa-apa pun daripada Allah. Namun apabila difikirkan bahawa Allah itu maha Berkuasa, Pemberi dan Pengampun, maka hatinya tidak dapat ditahan daripada meminta-minta dan terus berharap.

  • Terus Mencari dan Menanti
           Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah, tidak pernah berasa bahawa dia seorang hamba yang telah menemui cinta-Nya. Dia akan terus "berjaga" demi cinta kepada kekasihnya dan akan setia menunggu "Pintu" terbuka. Alhasil, dia berkata, " Aku masih berusaha mencari cinta Allah." Ini juga akan menjadikannya seorang yang tidak pernah duduk diam melainkan masanya diisi dengan melakukan ketaatan kepada-Nya. Ahli tasawuf juga ada menyebut, sesiapa yang mengalihkan perhatiannya daripada cinta kepada Allah walau sekelip mata, maka dia tidak akan sampai kepada matlamatnya mencintai Allah.

  • Hanya Satu
           Ruang yang ada dalam hati hanya diperuntukkan untuk Allah sepenuhnya.

  • Matlamat Utama
           Tujuan teragung mencintai Allah adalah untuk menatap wajahnya di akhirat kelak. Seluruh hidupnya ditumpukan untuk mencintai-Nya. Hatinya menolak segala yang dapat menariknya daripada menggapai matlamat agung ini.

  • Berkorban
          Orang yang hatinya dipenuhi rasa kecintaan yang mendalam terhadap Allah akan sanggup mengorbankan segala-galanya demi Allah. Antara perkara yang paling layak dikorbankan ialah kelazatan dunia...

3 comments:

  1. Salam... terima Kasih Follow Blog SYaf...
    Entry2 anda MemBUat Kan SYaf Cukup2 TerTarik...
    AnDa SYaf LETak Kat BlogList SELalu TerJAh...

    Untuk SeNang SYaf ikuti PerKemBanGan AnDa..

    ReplyDelete
  2. salam..syukran jzilan...insyAllah, sharing is caring..sama2 kita berkongsi pendapat dan ilmu utk bekalan disana nanti..insyAllah..

    ReplyDelete