Sunday, November 9, 2014

~ ::..BerC!nTa Sampai Syurga...::~



Bismillahirrahmanirrohim...Allahumma Solli'ala Saiyidina Muhammad

Subhanallah walhamdulillah walaailaahaillallah wallahu Akbar


Kisah Mengapa Wanita Tercipta dari Tulang Rusuk Lelaki.....?


.......Warkah Cinta Untukmu, Zauj......


Seorang bijak berkata…

Wanita selalu akan mengembalikan yang lebih untuk lelaki , Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberimu kehangatan dalam rumahmu, Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu ,
Jika kamu memberinya cinta, ia akan memberimu pengabdian seumur hidupnya, Tapi jika kau memberinya hinaan, ia akan memberimu do'a dalam airmata kepedihannya dan itu bererti persiapkan dirimu untuk berjuta kemalangan.. Jika kelmarin kamu berdo'a dan yakin bahawa dialah wanita yg sudah terpilih untukmu, maka terimalah dia bukan hanya sebagai wanita yang sempurna tetapi terimalah dia dengan cara yang sempurna, melainkan sebagai wanita yang terbaik. Bukanlah dia yang tidak pernah berbuat salah, tapi dia yang selalu berkata maaf untuk setiap kesalahannya dan ia yang punya sejuta maaf untuk kesalahanmu. Dia yang mahu menerima masa lalu mu dan siap merancangkan masa depannya bersamamu serta menyerahkan kehidupannya padamu..


Dia yang selalu cemas dan hilang 'akal ketika kamu tak memberinya khabar,
andai sifat manjanya membuatmu tertawa lucu,
cemburunya memperjelaskan sayangnya padamu,
airmatanya mampu meluluhkan jiwamu,
belaian kasihnya memberi ketenangan buatmu,
maka, berusahlah utk tidak kehilangannya..


Mengapa dalam berbagai legenda bahawa wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki,
bukan dari tulang kepala kerana wanita bukan untuk memimpin lelaki,
bukan dari tulang kaki kerana wanita juga bukan alas kaki lelaki.
Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati. Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Wanita akan terlelap dalam dekapan lelaki.Kerana wanita tahu dari sana dia berasal.

Maka dari itu cari , kenali dan sayangilah “Tulang Rusukmu”..

*bagi yg sudah memiliki zaujahnya , peliharalah amanah itu sebaiknya, bg yg belum.. berdoalah dr sekarang semoga dititipkan sidia yg terindah menjadi bidadari di taman2 hatimu... . terimalah sidia seadanya kerana LILLAHITAALA..jadikan kekurangan dirinya sebagai pelengkap kelebihan yg ada pada dirimu....allahuma amin...sekadar perkongsian bersama..














No comments:

Post a Comment