Saturday, August 9, 2014

:: Tinta Hati seorang SAHABAT::



Sahabat..
Maafkan diri ini,
Dalam kelam ku tercari-cari cahaya,
Akhirnya ku temui sinar cahaya cintaNYA..
Ku teguhkan hati ini hanya padaNYA..

Sahabat,
Maafkan diri ini..
Bukan niatku menyepikan diri,
Tapi aku perlu muhasabah diri,
Agar keikhlasan ini lahir dari hati..

Sahabat,
Maafkan diri ini..
Aku lemah mangharungi fatamorgana dunia
Dunia yang penuh pancaroba..
Hanyut dalam dunia yang fana..
Lautan jua ada pasang surutnya
Begitu jua lah iman kita..
Ada naik ada turunnya..
Terkadang tersungkur mendaki langit dunia,
Terkadang terjatuh ke lembah yang hina..


Sahabat..
Maafkan diri ini,
Tak pernah terdetik dihati membencimu..
Berilah daku ruang dan kesempatan waktu..
Memperbaiki segala kesilapan diri,
Adakalanya Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu terkadang payah,
Adakalanya Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu terkadang susah,
Adakalanya Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju nokhtah itu pastinya mendatangkan lelah..
Namun..
DIA amat memahaminya,
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
Namun memadailah jika manusia melakukan yang terbaik demi menggapai syurga dan cintaNYA..
Hebatnya DIA..

Sahabat,
Maafkan diri ini..
Andainya alam ini mampu berkata-kata..
Pastilah pujian buat dirimu.
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu..

Sahabat
Maafkan diri ini,
ku bersyukur kerna mengenali dirimu..
Ku harap moga kitakan bersama..
Harungi segala suka duka..
Moga kejayaan milik kita..
Demi menggapai syurga dan cintaNYA...
                                         
Sahabat..
Maafkan diri ini..
Ketahuilah olehmu sahabat..
Sepiku bukan bererti melupakanmu,
Namun mendoakanmu adalah yang terbaik untukku..
InsyAllah sahabat..
Andai suatu masa Allah mengizinkan diri ini kembali menjadi sahabatmu,
ku berharap agar ikatan ini kembali seperti dulu..

Sahabat..
Maafkan diri ini..
Aku menyayangimu sahabat..
Sama seperti sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini..
Ukhwah yang terbina antara kita,
Persis untaian tasbih,
Ada awal tiada penghujungnya,
Dibentuk untuk mengingatiNYA,
Dicantum kerana cintaNYA,
Diratib kerana RedhaNYA,
Menitis airmata tatkala merasai kemanisannya...

Maafkan daku selama bergelar sahabatmu...
Ya Muhaimin..sesungguhnya..solatku..ibadahku..hidupku dan matiku hanyalah padaMU Ya Allah..






No comments:

Post a Comment