Tuesday, January 13, 2015

#Mens ARe FrOM M@Rs, WoMeN @RE FrOM VeNuS#

Allahumma Sollia'ala Saiyidina Muhammad..

~Zauji Vs Zaujah....Suami VS Isteri....Lelaki VS Wanita.... ~



*Zauji VS Zaujah==> Lelaki Vs Wanita.....Allahuakhbar...makhluk ciptaan ALLAH yang hebat..

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Sedikit perkongsian bersama mengenai buku yang di baca.." Mens are from mars, women are from venus..sangat menarik pengisian buku ini..buku versi Bahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Adlie syamsudin..sangat sesuai dibaca bagi wanita @ Lelaki yang ingin berumah tangga mahupun yang sudah berumah tangga atau yang mahu memperbaiki hubungan bersama pasangan nya..buku motivasi yang banyak memberikan inspirasi pada diri ini dan memberikan  kekuatan dalam mencari erti kebahagian yang sebenar yakni "pemilik cintaku setelah ALLAH dan Rasul"..buku ini juga menyuntik semangat pada diri ini untuk lebih memahami mengenai insan yang bernama LELAKI..dan wanita..(Diri sendiri...^_^ )..
Terlalu banyak hendak dikongsikan bersama...tapi takpa..juz nk sharing secara ringkasnya...kalau nak tau lebih details mengenai buku ni, WAJIB baca..bez sangat perkongsiannya..

"Mens" from mars, "women" fromVenus, dua makhluk ciptaan Allah yang sangat hebat, dan diumpakan seperti datang dari planet yang berbeza,mars dan venus yakni lelaki dan wanita ni sifat dan keperibadiannya tidak sama..berbeza..wanita ni ala2x manja gitu, sweet,tapi  lelaki manja jgk sebenarnya, tapi nak serlahkan ke'macho'an tu, kena la tunjuk lelaki ni gagah perkasa..ala2x macam hero hindustan ..bilamana kita bicara mengenai lelaki ni, of course first Impression kita mengenai lelaki ni adalah terkenal dengan sifat ego..ya EGO....semua lelaki ada egonya sendiri..tapi sejauh mana dia nak menguruskan keegoan yang bertapak didalam diri..andai keegoan dipagari IMAN dalam diri, insyAllah, kebahagiaan lah yang akan dikecapi...ok, .lelaki ni sebenarnya seorang yang simple je..bilamana menghadapi masalah, dia tak suka bila wanita ni bagi nasihat tanpa diminta, bebel2x tak tentu hala, yang dia mahukan daripada seorang isteri adalah keyakinan dan kepercayaan dalam menyelesaikan masalah tersebut..betul ke?? (Buku ni ckp mcm tu)...insyAllah nanti zauji akan menjawab segala persoalan ni..hehe..

Makesure sebelum "Aku Terima Nikahnya" kena khatam bab ilmu rumah tangga ni..(Pesananan utk diri sendiri..)Wanita pula  kena lah jadi seorang isteri yang solehah, yang sentiasa ada dikala jatuh bangun seorang suami..insyAllah, nak jadi mcm Saidatina Khadijah , srikandi islam yang sejati yang sanggup susah senang bersama suami demi menegakkan Islam yang tercinta... nak jadi sayap kiri perjuangan zauji..nak jadi penyejuk mata zauji...terlalu banyak sangat harapan dan impian especially dalam menegakkan agamaNYA..semoga Allah permudahkan dan membuka jalan agar sentiasa Istiqomah dlm perjuangan ini..ok back to topik kita tadi..tiba-tiba buku ni cakap lelaki ni ada "gua" yang tersendiri..gua tempurung ke..? gua niah..? gua batu kapur? hehe..ok maksudnya, lelaki ni kadangkala dia perlukan masa untuk diri dia sendiri..untuk muhasabah diri..dan bilamana dia ada masalah, dia perlu masuk dalam 'gua' dia sendiri..dan wanita pula jangan lah salah tafsir mengenai lelaki ni..nanti mula la fikir yang negatif-negatif..fikir yang lelaki ni dah tak sayangkan dirinya sebab wat tak tahu je kat dia...ada orang lain..ha, mula la nak cari gaduh..Don't..don't..jangan macam tu..lelaki memang macam tu sifatnya..nanti bila dah ok, dia akan kembali normal macam biasa balik..dia cuma perlukan ruang dan masa untuk diri dia..isteri pula jangan la terlalu mendesak suami ya..kesian suami nanti..pening kepala suami dapat isteri banyak karenah+ degil..(^_^)

ok, kita stop bercerita pasal lelaki..kita bercerita pasal wanita pula ya..kalau nak ikutkan memang banyak nak dikongsikan bersama..kalau nak tau lebih details kena baca buku ni..kalau kita cakap pasal bab wanita ni, perkara pertama yang kita akan cakap mengenai wanita ni adalah terkenal dengan ciri-ciri  sifat lemah lembutnya..malunya, keayuannya, kesopanannya, dan..+++....wanita ni manja..kadangkala macam kebudak-budakkan..banyak karenah...bila mana tadi kita cakap mengenai lelaki ada 'gua' yang tersendiri, wanita pula ada 'ombak'.... ombak rindu + tsunami..hehe.wanita ni emosional cikit..perasaan dia boleh berubah-rubah mengikut keadaan semasa..bila time uzur, memang tsunami la dibuatnya..bilamana dia ada masalah, dia suka bercerita pada kekasih halal nya..pesanan untuk para zauji2x diluar sana, bila si isteri bercerita sesuatu, jadilah seorang pendengar yang setia ya..jadilah seperti Rasulullah s.a.w, yang sentiasa menjadi pendengar yang setia pada isterinya..sentiasa melayan karenah isterinya..dan tak pernah sesekali baginda meninggikan suara kepada isterinya..hebat kan akhlak Rasulullah pada isterinya.....dan, seandainya si suami letih dan tak dapat nak mendengar luahan hati isteri, bagitau dengan cara yang baik, sopan agar tidak menyinggung perasaan isteri..barulah bahagia rumah tangga..(^_^).. wanita ni sifatnya memang suka sangat bercerita..insyAllah saling melengkapi antara satu sama lain..indah sangat aturan ALLAH...


Firman Allah Dalam Surah Ar-Rum ayat 21

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir..


Bumi mana yang tidak ditimpakan hujan, dan lauatan mana yang tidak bergelora, begitu jualah kehidupan alam rumah tangga ni...ada pasang surutnya...bila ada berlaku pertengkaran dengan pasangan, cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikan sebaik yang mungkin..marah adalah daripada syaitan..setiap manusia ada sifat marahnya..tapi sejauh mana kita nak control rasa marah kita tu..Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Jika salah seorang kalian marah dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah duduk. Jika masih belum reda marahnya, maka hendaklah berbaring.( Hadis Riwayat Ahmad )..seandainya kita bertengkar diruang tamu, maka jangan menyelesaikan masalah diruang tamu kerana cas2x negatif telah terbebas diruang tamu, maka selesaikan lah di tempat lain.. barulah kita dapat menarik cas yang positif dan dapat menyelesaikan masalah kita..tak perlu mencari pasangan yang terlalu sempurna kerana hakikatnya penciptaan manusia adalah diciptakan tidak sempurna..saling melengkapi itulah yang dinamakan kesempurnaan..

Apa yang paling penting dalam pembentukan Baitul Muslim adalah Redha Allah..inilah matlamat utama sesebuah rumah tangga yang mawaddah warahmah...last but not least..sebelum mengakhiri perkongsian ni, sedikit tips utk lelaki dan wanita..insyAllah masing2x kena saling memahami antara satu sama lain, barulah kebahagian yang hakiki dapat dikecapi...

Wanita==> Keperluan emosi wanita ni adalah dia slalu nakkan perhatian, pemahaman, berasa dihormati, belaian, dan diberi keyakinan..

Lelaki==> lelaki slalu mahukan kepercayaan, penerimaan, berasa dihargai oleh pasangan, dikagumi, tindakan mereka betul dan diberi galakan..


Wallahu'alam..sekadar sedikit perkongsian bersama..yang baik datangnya daripada Allah, dan yang serba kekurangan datangnya dari insan yang kerdil ini..maaf andai ada kekurangan dalam penyampaian..














No comments:

Post a Comment