Sunday, August 3, 2014

:: Bisikan Nurani::



Assalamualaikum w.b.t..Allahumma Solli'ala Saiyidina Muhammad...

Ku biar kalam berbicara..menghurai maksudnya dijiwa..agar mudah ku mengerti segala yg terjadi adalah suratan ILAHI..kubiarkan pena menulis, meluahkan hasrat dihati..moga terubat segala keresahan dijiwa..Ya Allah..tunjukkan aku jalan untukku menempuhi segala dugaan ini...Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang ku lakukan, ku mencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada ku yang segenap ini mendaki langit kehidupan..terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah aku hidayahMu, temanilah akal ini agar aku sentiasa berada atas jalan yang ENGKAU redhai,,

Bilamana engkau memandang segalanya dari Tuhan Mu,yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginan mu terhalang,serta menyusahkan hidupmu, yang membuatkan dirimu kecewa, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itu lah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan NYA..yakin lah wahai diri bahawa DIA mahu kau menjahit kembali sejadah IMAN yang sekian lama terkoyak disamping ada langkah-langkah yang tersasar dari JalanNYA..

YA RABB..dalam membuat pertimbangan, pandulah hatiku dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama aku mencari punca cahayaMu, dekatkanlah aku kepada cahayaMu, terangilah jalan ini dengan petunjukMu..Ya Allah, ENGKAU lah sebaik-baik penolong maka bantulah diriku ini..

Disaat gembira terselit duka.. Disaat bahgia terselit derita.. Ujian diberi terselit hikmahNya.. Mengikut batas kemampuan hambaNya.. Taktala keluhan terluah, tangisan terlepas, membuat diri rebah tidak berdaya.. Bangunlah.. Bangunlah kerana DIA.. Bersama DIA..untuk DIA.. Kerana DIA maha segalanya..

Hiduplah wahai jiwa..hidup untuk TuhanMU, bukan untuk manusia..bergetarlah wahai hati dengan kalimah suci penciptaMU, bukan kalimah manusia yang sering berdusta..engkau belum dijamin masuk syurga..belum dijamin masuk neraka..syurga dan neraka itu bukan sebanyakmana amalan yang kau lakukan, tp seikhlas mana penghambaanmu kpd tuhanMU..wahai jiwa yang tenang..bangkitlah dari lamunan dan angan-angan yang menghiris jiwa..Ya rabb..hinanya aku dihadapanMU...Bagaimanakah nantin tika berhadapan dengan-Mu...Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini...Ya Allah Kau Maha Pengampun...Di bayangan mentari aku kealpaan, Dusta dunia penuh kepura-puraan...Di kala dini hari aku kepasrahan Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan..Andainya dihitung amalanku..Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu..Oh Tuhan Yang Maha Pemurah Hindari diriku dari siksa-MU..Kasih sayang-Mu Tuhan, Itu yang ku dambakan Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..
kuatlah demiNYA..gapailah cintaNYA...





No comments:

Post a Comment