Friday, December 12, 2014

~aMAL J@MAI'E~ " sAYA AdALAh PeL@p!s"




Allahummasolii'ala Muhammad...
Sedikit Perkongsian mengenai Hakikat sebuah perjuangan..
Kekuatan tak perlu dituggu, tapi perlu dicari..kekuatan perlu slalu dilatih dalam diri..seandainya kita tak sanggup berada dalam rantai perjuangan ini, Allah akan gantikan dengan org lain yang sanggup memperjuangkan agamaNYA..Islam tak perlukan kita, tp kitalah yang memerlukan ISLAM..PAS tidak memperjuangkan parti, tapi PAS memperjuangkan AGAMA...
Kita bukan saja rantai-rantai perjuangan , tapi kita juga adalah batu bata yang saling menguatkan..nak jadi batu bata yang kukuh mesti mempunyai simen dan pasir yang cukup..begitu jua lah dalam perjuangan ini..perlu ada tarbiyah yang mantap barulah kita akan kuat disaat kita jatuh..berjuanglah kerana kefahaman, bukan kerana semangat..kerana bilamana kita berjuang kerana semangat, apabila skali kita jatuh, semangat kita akan luntur dan hilang..tp bilamana kita berjuang kerana kefahaman, berkali-kali kita jatuh, kita akan terus bertahan kerana DIA, untuk DIA, demi DIA..dalam perjuangan bersiap sedialah untuk ditarbiyah oleh ALLAH..
menyahut seruan Allah SWT :
وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ . (الأنعام :153).
Dan sesungguhnya inilah jalan ku yang betul (istiqamah), maka jangan sekali-kali kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti kamu akan pecah terpelanting keluar daripada jalannya (yang sebenar), begitulah Allah memberi peringatannya kepada kamu, supaya kamu bertaqwa (kepadanya).
Istiqamah dalam perjuangan kita ini, menuntut kita memahami erti sebenar manusia diciptakan, menerima amanah dari Allah SWT, dan seterusnya bersama jemaah Islam bagi memikul amanah khilafah ini. Ianya menuntut kita beristiqamah kepada panduan Allah dan Rasul dalam setiap gerak tindakan kita.
 Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, Jadilah kamu orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali dengan sebab kebencian terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dengan mendalam apa-apa sahaja yang kamu kerjakan [al-Ma’idah : 8]
Ikhlaskan lah hati dalan perjuangan ini..disini lah medan untuk kita mengetuk syurga ILAHI..Diakhirat nanti, Allah tak tanya apa kejayaan kita didunia, brapa banyak harta yg kita kumpulkan, tp yang Allah tanya :
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?''
Allahuakahbar..Muhasabah diri.
Ayuh Syabab..!! marilah sama-sama kita perteguhkan jamaah, perkukuhkan saf perjuangan, perkemaskan fikrah, dan mantapkan keyakinan kita kepada janji Allah S.W.T. kepada sesiapa yang berjuang di jalan Nya, berbeza dengan yang tidak berjuang, sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ (3:142)
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”. [al-Imran : 142]
Wallahua'lam..
#Nahnu Ansorullah..#

No comments:

Post a Comment