Wednesday, December 10, 2014

~KeleBiH@N D!SeBaLiK KekUR@NG@N~


Allahumma Solli'ala Saiyidina Muhammad...


Kelebihan Di Sebalik Kekurangan..!

Untukmu Imamku...



Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim)

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah)

Kelebihan wanita solehah bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya, bukan jua
pada kemanisan bicaranya yg bisa mngoncang iman para muslimin..dan bukan juga terletak pd kebijaksanaan bermain kata-kata, Tetapi wanita solehah dilihat dari ketulusan hatinya yang tersembunyi dijiwa..

Kelebihan wanita solehah bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari kecantikannya berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi auratnya dengan sempurna....
Kelebihan wanita solehah Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul...


Kelebihan wanita solehah bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dilihat dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering dibicarakannya.

Kelebihan wanita solehah bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi...

muZik Pliizz....

"Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku...Walau ku tahu ragamu tak utuh..Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh...Kerna bagiku engkaulah IMAMKU..."

Wallahu'alam..
*sedikit yg bermanfaat lebih baik drp bnyak yg melalaikan..*  ^_^





No comments:

Post a Comment