Friday, December 19, 2014

~ Andai Itu TakdirNYA......



Assalamualaikum w.b.t...........






Ada apa dengan CINTA..? adakah membawa kita kesyurga atau sebaliknya..? salahkah pada cinta? ............tidak, cinta itu tak salah..cinta yang hadir dalam diri setiap insan adalah kurniaan dari ALLAH..cinta yang hadir adalah cinta yang suci yg ALLAH campakkan ke dalam hati setiap insan..yang salahnya adalah kita..sejauhmana kita nak bawak cinta itu andai matlamat utamanya bukan REDHA ALLAH..andai matlamatnya hanya berpaksi nafsu semata..


Setiap manusia yang Allah ciptakan, ada perasaan ingin mencintai..ingin dicintai..ingin disayangi, ingin menyayangi, dan ingin memiliki..memiliki seseorang yang menyenangkan hati sesiapa saja, yang disayangi semua orang, yang menegakkan agamaNYA dan yang kita yakin mampu memimpin tangan kita ke syurga.. kita berdoa bersungguh-sungguh sepenuh hati pada Allah supaya dialah orangnya..orang yang akan melengkapkan hidup kita.. orang yang terima kita seadanya.. tapi, apabila Alah menjawab doa kita, rupa-rupanyanya, dia bukan takdir kita..Allah tidak akan memberi apa yang kita mahukan, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan..


Sedih..kecewa..bersabarlah duhai hati...laa tahzan.. Innallaha ma ana.. jangan bersedih.. Allah bersama-sama kita....


Kita ini perlu menjadi generasi akhirat.. yang melihat dunia ini dengan jendela akhirat.. jika benar kita bina cinta kita atas keimanan, ketakwaan, maka kita akan redha kalau kita terlepas orang yang kita cintai.. apa yang kita mahukan adalah REDHA ALLAH.. kita berusaha untuk mendapatkan orang yang kita suka hanya untuk redha Allah..andai Allah takdirkan dia bukan milik kita, bersangka baiklah dengan Allah..ya, tidak dinafikan perasaan sedih itu mesti ada..tapi yakinlah dengan ALLAH..ada cintaNYA bersama ujian yang kita rasa..

People always wrong when come to love.. mereka fikir cinta juz feeling suka between men n women.. hakikatnya cinta lebih besar maknanya dari itu.. the truth love supposedly membina peribadi manusia untuk menjadi lebih baik dari dulu.. itulah cinta yang suci dan bersih kerana cintanya berhubungan dengan Allah.. tapi perlu diingat.. cinta sesama manusia belum tentu indah penghujungnya.. Namun cinta kepada Allah tak pernah membawa kecewa.. maka kita sepatutnya merenung kembali, merenung sedalam2nya, atas dasar apa cinta kita itu di bina..

We are human being.. Not an angel.. kita akan rasa sedih jika apa yang kita harapkan tidak kesampaian.. boleh bersedih tapi usah panjangkan kesedihan itu.. jika dia bukan takdir kita, doa pada Allah supaya Dia tarik kembali perasaan suka itu. Doa pada Allah supaya perasaan suka itu Dia campakkan pada orang yang berhak untuk memilikinya.. Ikhlaskan hati kerana kita bukan siapa-siapa untuk menolak takdir yang Allah dah tentukan.. The best for Allah is the best for us.. ingt ya, kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya bila kita jumpa dengan orang yang tepat, dan dapat menghargai kita seadanya..

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah -216

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Sesungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu hanya ada di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan.

Entry kali ini ditulis untukmu, sahabat.......dan untuk saya juga, kamu anda kalian secara am nya.. .moga apa yang dituliskan ini akan memberi satu pandangan dari sisi yang lain tentang cinta yang tak kesampaian.. Bila perpisahan itu berlaku kerana Allah maka , yakinlah Allah telah menuliskan yang terbaik untuk kita , usah terlalu bersedih kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya .. Bersabarlah , pasti ada yang terbaik untuk kamu :)


#Usaha + Doa+ Tawakal...


#Cinta itu milik Allah.. bila-bila masa Allah boleh beri dan bila-bila masa Allah boleh tarik kembali.. hakikatnya hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan..

No comments:

Post a Comment